Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

Dulu-dulu, kalau lori milo datang sekolah, budak-budak sekolah mesti tak sabar tunggu turn nak beratur ambil milo free. Beratur ikut kelas, lepas satu kelas ke satu kelas yang lain, sampai la semua kelas dapat minum.

Paling best, rasa nikmat minum milo free tu sampai sekarang boleh bayangkan. Betul tak? Okay la, tak nak bagi korang terliur. Apa kata korang try buat sendiri.

Resepi ni Syahrin Yen Zaini yang kongsikan hasil dari pemerhatian beliau semasa pekerja lori milo sedang membancuh air. Cubalah.

 

RESEPI air milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air. Anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri. Jangan tanya saya apa-apa sebab saya tak dapat komisen pun dari Milo. Okaylah untuk memendekkan cerita.

 

Bahan-Bahan

  • 8 tin Susu Pekat
  • 8 tin Susu Cair
  • Air panas
  • 4 paket Milo (1kg) total 4 kg
  • Ketulan Ais

 

Cara Penyediaan

1. Masukkan Susu Pekat Cap Junjung

Kredit Foto: Syahrin Yen Zaini

 

2. Masukkan Susu Cair Ideal

Kredit Foto: Syahrin Yen Zaini

 

3. Masukkan Milo

Kredit Foto: Syahrin Yen Zaini

 

4. Masukkan Air Panas Dan Kacau Rata

Kredit Foto: Syahrin Yen Zaini

 

5. Masukkan Ke Dalam Bekas Air Dan Tambah Ketulan Ais

Kredit Foto: Syahrin Yen Zaini

 

6. Sedia Untuk Di Minum

Kredit Foto: Syahrin Yen Zaini

 

Nota Tambahan

Kalau nak bancuh sedikit, buat kira-kira sendiri bagaimana nak kurang atau lebihkan bahan yang digunakan, perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo tersebut.

Saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori, anda mendapat diabetes, kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo.

Selamat Mencuba.

 

Sumber: Syahrin Yen Zaini

Jom Komen