Bukan Salah Bobo!

Memiliki kucing adalah satu hobi yang digemari ramai orang. Dengan aksi dan kelakuan kucing yang manja kadang-kadang buat ramai orang suka. Namun, jika tidak kena dengan masa, boleh jadi kecederaan kepada pemilik kucing.

Viral di media sosial apabila seorang bapa kepada dua anak yang mengalami pengalaman yang memedihkan apabila di cakar kucingnya.

Menurut WR Irman Karman, kejadian berlaku pada 7.15 pagi, 30 September lalu. Ketika itu dia sedang berbaring di ruang tamu berseorangan apabila kucing jantannya Bobo bergaduh dengan seekor kucing jiran.

“Bobo berlari masuk ke rumah dan tiba-tiba dicakar oleh Bobo dan hampir mengenai mata” katanya.

Saya tekup muka dengan kain kerana darah tidak berhenti menitis dan terus menunggang motosikal sendirian ke Hospital Sungai Bakap (Pulau Pinang) yang terletak 6 kilometer (km) dari rumah.

Menurut beliau lagi, doktor sudah memberikan dua suntikan untuk mencegah sebarang jangkitan dan diberi cuti sakit selama enam hari.

Walaubagaimanapun, beliau kesal dengan tuduhan netzizen mengenai kejadian yang menimpanya. Ada segelintir dari mereka mengecam dirinya kerana menganggap sebagai pendera kucing.

“Macam-macam fitnah dilempar, kata saya pukul Bobo, saya ini penjenayah, bergaduh dengan isteri. Memang tak sedap dibaca,” katanya.

Tambahnya lagi, Bobo merupakan kucing rumah dan hanya sesekali keluar di hadapan ruang parkir. Malah Bobo sudah dipelihara sejak kecil lagi dan menganggap Bobo sebagai anak sendiri.

Sumber: Harian Metro