Bukan Baju Je Yang Kena Basuh, Mesin Basuh Pun Perlu Di Basuh Juga

Setiap minggu kita mesti akan guna mesin basuh untuk cuci pakaian. Ada yang sampai 2 hingga 3 round sehari. Maklumlah, penghuni dalam rumah ramai.

Bila selalu sangat guna, bahagian dalam mesin basuh juga akan jadi kotor. Mungkin tersumbat dengan keladak dan sebagainya. Hasilnya, baju yang dibasuh tidak bersih sepenuhnya.

Jadi, nak tak nak, bila ada waktu lapang kena juga basuh mesin basuh. Barulah baju harum dan bersih. Tapi, macam mana nak basuh mesin basuh?

Jangan risau, Panda Bekki ada tunjukkan caranya. Ikut saja 4 langkah mudah di bawah.

 

MESIN basuh perlu juga dicuci?

Kebanyakan orang mengabaikan kerja pencucian dalaman mesin basuh. Ini menyebabkan pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam/hapak.

Ini adalah berkemungkinan dari kekotoran yang melekat di belakang tabung di mana perlu juga dicuci.

Paling kritikal bila basuh baju, akan nampak macam seakan-akan kertas atau tisu yang dicarik-carik berterabur melekat pada baju.

Sebelum terjadi macam tu. Mari kita belajar cara mencuci tangki mesin basuh muatan atas.

Di sini saya kongsikan cara penyelesaiannya.

 

Langkah 1

  • Cabut penapis yang ada di dalam tangki cuci sebersih-bersihnya dan pasang semula.

 

Langkah 2

Kredit Foto: Panda Bekki
  • Pilih program/course/mode ‘Tub Cleaning’ Kalau tak ada pilihan tersebut boleh pilih ‘Soak’. Kalau tak ada juga boleh pilih mana-mana course cuma pastikan pilih cycle ‘Wash’ sahaja.
  • Pastikan ‘Water Level’ adalah tahap makisma.
  • Tekan ‘Start’.

Nota: Pastikan tidak memasukan apa-apa pakaian di dalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.

 

Langkah 3

Kredit Foto: Panda Bekki

Bila air dah 1/3 penuh, letakkan bahan pencuci. Pastikan bahan pencuci tersebut mengandungi:

  • Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate (300Gram). Atau,
  • Sodium Borate (Borax) ( 300Gram ). Atau,
  • Jenama Calgon/Cosway/Oxy ( 300gram). Atau,
  • 140 Gram Soda (RM3.00) dicampur bersama cuka putih 750ML (RM2.50) yang telah dicampur di dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam mesin. Atau,
  • Pencuci jenama ‘Zip’, Active Formula with Bicarbonate. Pastikan bancuh sebelum memasukkan di dalam mesin (300Gram). Atau,
  • Tidak meletakkan apa-apa, cuma kurang effektif kerja pencucian tersebut.

 

Langkah 4

Kredit Foto: Panda Bekki

Jika anda memilih mode pembasuhan’ Tub Cleaning’ atau ‘Soak’, kerja anda lebih mudah, tak perlu tunggu, siap jer dah ok.

Jika memilih mode pembasuhan ‘Wash’, selepas mesin siap cycle 3 minit. biarkan mesin selama sejam.

Selepas sejam pilih mode:

  • ‘Wash’ 8 minit
  • ‘Rinse’ 2 kali
  • ‘Spin’ 1 minit

Pastikan selepas mode tersebut siap, tiada keladak yang tinggal di dasar tangki. Jika masih ada , cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah ‘Wash’, ‘Rinse’ dan ‘Spin’ sehingga tiada kesan keladak tertinggal.

 

Nota Tambahan:

  • Sebelum melakukan kerja pencucian drum ni, pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, sebab memakan masa yang lama (Anggaran 2 jam).
  • Pastikan bahan-bahan yang saya cadangkan sesuai dengan mesin anda, baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
  • Kalau tak yakin dengan bahan ni, cari di pasaran memang ada bahan khas untuk mencuci bahagian drum tersebut. Anda lebih yakin.

 

Sumber: Panda Bekki

Jom Komen