Buat Sendiri Ubat Batuk, Wanita Ini Ajar Caranya

Sekarang ni cuaca tak menentu. Kejap panas, kejap hujan. Jadi, kenalah berjaga-jaga. Sebab bila cuaca tak menentu, penyakit pun senang datang. Lebih-lebih lagi batuk dan selsema.

Bagi yang dah terkena batuk dan selsema, boleh la cuba amal petua ubat batuk yang dikongsikan oleh Hanya Rina ni. Berkesan katanya. Modal lebih kurang RM10. Berbaloi-baloi.

 

Ubat Batuk Cap Ibu Solid Dan 4 Anak Dara

Sedap. Mudah, disukai oleh anak-anak.

Sekarang cuaca panas lit-lit kering berangin. Musim batuk-batuk pakej selsema berjemaah sekali dengan anak, jiran. Ada juga kawan-kawan negeri lain melaporkan mereka alami simptom yang sama.

Kasian ya tengok anak kecil batuk-batuk berbunyi kahak kuning, kuning hijau, selsema, dedor-dedor badan anak nak demam tak nak deman.

Alhamdulillah.

Syukur. Sejak kami sekeluarga makan ubat batuk ni settle batuk berkahak.

Petua ubat batuk yang sangat simple dan jimat. Modal lebih kurang RM10. Nak jimat lagi, boleh buat bancuh air, hidang untuk tetamu. Sedap. Sangat selamat, boleh diambil tanpa khuatir terover dose. Yang penting ternyata berkesan.

 

BAHAN-BAHAN

  • Madu – 1 botol (yang diternak kira ori juga)
  • Lemon – 2 hingga 3 biji
  • Cengkih – 9 butir (dalam bilangan ganjil)
  • Botol comel-comel (kasi anak bangga makan ubat)

 

CARA PENYEDIAAN

  1. Dituang madu secara berlapis-lapis dengan dua bahan lain, lemon dipotong ikut suka tanpa diperah dan tabur cengkih sehingga penuh bekas.
  2. Perap campuran bahan tadi semalam untuk serasi berdansakan mereka, alami satu proses dipangil penapaian. Dan simpan dalam peti ais chill.

 

CARA MAKAN

  • Dewasa: 2 sudu besar (3-4 kali sehari)
  • Kanak-Kanak: 2 sudu kecil (3 kali sehari atau ikut keperluan)

Bagi beragama islam, sebelum makan selawat 3 kali. Tak perlu minum air.

Awas: Dilarang keras pengunaan besi pada madu. Bimbang tawar khasiatnya.

 

9 KHASIAT LAIN

  • Sama fungsi sebagai detoksifikasi
  • Membakar lemak dalam tubuh
  • Mencegah kolesterol
  • Bagus untuk pencernaan perut.
  • Awet Muda
  • Anti-bakteria
  • Antiseptik
  • Buang Angin
  • Natural Pain killer (tahan sakit)

 

Sumber: Hanya Rina

Jom Komen