Boleh Turun 10kg Dalam Masa 2 Minggu Dengan Telur Rebus, Jika Tahu Cara Yang Sebenar

Advertisement
Advertisement

Tahukah anda, telur rebus adalah salah satu menu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan secara efektif. Malah, diet telur rebus ini juga dilihat menjadi trend popular ketika ini.

Jika diamalkan dengan kaedah yang betul, diet telur rebus ini boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam tempoh dua minggu sahaja.

10kg? Ya, memang betul. Tapi, hanya dengan cara yang betul.

Pakar diet, Jill Corlene berkata, telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan.

Telur juga mampu membuatkan perut kenyang lebih lama kerana ia telur mempunyai sumber protein dan serat yang sihat.

Selain itu, diet telur rebus turut membantu meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan dan secara tidak langsung membantu membakar lemak dengan cepat.

Paling utama, jika anda berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan anda tidak akan meningkat dengan mendadak.

 

CADANGAN MENU UNTUK TEMPOH 2 MINGGU

ISNIN

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal

Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang

 

SELASA

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam

Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus

 

RABU

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato

Malam: Salad dan ayam panggang

 

KHAMIS

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren/anggur)

Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)

Malam: Salad dan ayam stim

 

JUMAAT

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus

Malam: Salad dan ikan panggang

 

SABTU

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengah hari: Buah-buahan

Malam: Sayur dan ayam stim

 

AHAD

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang

Malam: Sayur stim

 

DO AND DON’TS

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum dan semasa menjalani diet ini iaitu:

  • Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi sebelum memulakan diet ini ataupun diet yang lain.
  • Minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
  • Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi.
  • Tidak makan makanan segera.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula.

 

Sumber: Vanilla Kismis

Advertisement
Jom Komen