Boleh Mati, Kalau Amal Cara Mandi Yang Salah

Kita sering mendengar, orang jatuh di dalam bilik air kerana pengsan atau diserang stroke. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan cara mandi yang salah.

Kebiasaannya, kita akan mandi dengan membasahkan kepala dahulu. Sebenarnya, ini cara yang salah. Silap gaya boleh melayang nyawa. Jangan main-main tau, jom semak punca dan kesannya.

 

Punca Dan Kesan

1. Apabila kita siram kepala dulu, panas dalam tubuh akan teperangkap. Ia boleh menyebabkan pembuluh darah pecah.

2. Air sejuk yang disiram pada kepala akan menyebabkan darah mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala. Itu yang ramai yang pengsan.

3. Angin dalam badan tidak keluar apabila kita siram kepala atau badan dulu. Sebab tu ramai yang sakit-sakit badan kerana angin berkumpul.

 

Kalau Nak Selamat, Ikut Cara Mandi Yang Betul

1. Baca doa atau sekurang-kurangnya baca bismillah sebelum masuk ke bilik air.

2. Jangan tergesa-gesa. Air tu tak lari pun.

3. Mulakan dengan bahagian kaki, basahkan kaki dahulu.

4. Kemudian, barulah siram bahagian betis diikuti paha dan perut.

5. Selepas itu, baru siram bahagian bahu.

6. Berhenti seketika, saat ini kita akan dapat rasakan wap atau angin keluar dari ubun-ubun.

7. Akhir sekali barulah basahkan kepala.

 

Waktu Mandi Yang Dilarang

1. 30 minit selepas solat Asar kerana waktu ini darah di dalam diri kita sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah untuk melakukan perkerjaan.

2. Selepas Maghrib. Lepas Maghrib, jantung kita mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

3. Selepas Isyak sehingga pukul 12 malam. Setelah solat Isyak, jantung kita berhenti dan melakukan istirahat. Jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

4. Selepas bersukan atau sedang berpeluh. Tunggu sampai badan sejuk atau hilang peluh. Selain menyebabkan panau, ini juga boleh menyebabkan serangan stroke.

 

Nak Awet Muda, Mandi Dengan Cara Ini

1. Menjelang waktu Subuh (antara jam 2 hingga 3 pagi)

Badan menjadi lebih sihat, awet muda dan membaiki metabolisme tubuh. Suhu badan menjadi lebih stabil, melancarkan perjalanan darah dan membuang sikap malas.

Tengok saja nenek dan datuk kita yang sering mandi waktu begini, tubuh mereka sihat dan nampak muda.

2. Selepas Subuh ( 6 pagi)

Tubuh akan lebih segar dan mood jadi baik.

Ok wanita, anda mampu mengubah demi kesihatan yang lebih baik, moga bermanfaat buat anda!

 

Pen Hitam

Wow, tajuk nak gempak. Petua ni kami jumpa dekat satu blog. Kami kongsi bukan nak suruh korang ikut 100%, tapi lebih kepada nak korang berfikir.

Point-point lain tu mungkin ada betulnya. Cuma apa yang kami nak sentuh adalah point ‘jantung berhenti selepas Isyak’.

Logik ke jantung berhenti selepas Isyak? Habis tu lepas isyak organ mana yang pam darah dalam badan kita? Korang rasa? – PHDC

Jom Komen