“Bila Dah Kurus Ni, Muka Pun Nampak Macam Budak Sekolah” – Lelaki Ini Hilang 38kg Dalam Masa 5 Bulan

“Rasa macam tak percaya.”

Mungkin itulah perasaan yang dirasai oleh Mazuan Farishman Adam, setelah dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 38kg. Dari 115kg turun hingga ke 75kg dalam tempoh 5 bulan sahaja.

Bagi anda yang sedang berdiet atau cuba untuk berdiet, bacalah perkongsian dari Mazuan ini. Semoga dapat menaikkan semangat anda untuk berjaya seperti dia.

SEPERTI dijanjikan, saya akan pos gambar baju yang sama, ni untuk bulan ke 5.

Nama saya Mazuan, saya berusia 27 tahun. Bila dah kurus ni, muka pun nampak macam budak sekolah dah, walaupun lagi 2 tahun nak memasuki usia 30.

Ramai yang saya lihat nak start diet 1 Jan 2018, sebenarnya kalau betul nak berdiet, bukan 1 Jan 2018, tak perlu tunggu pun 1 Jana 2018, start dari sekarang.

Bila korang cakap nak start diet 1 Jan 2018, sebenarnya korang cuba untuk tipu diri sendiri, korang cuma nak sedapkan hati, padahal bila dah memasuki 1 Jan 2018, korang tak berdiet pun, korang akan tangguh lagi.

Sebab apa?

Sebab korang memang tak nak berubah. Kalau betul nak berubah, nak kurus, tak perlu tarikh tertentu, kena start dari sekarang, dari situ dah nampak korang tak bersungguh-sungguh.

Saya tak kisah la korang nak cakap saya poyo ke suka menunjuk tapi saya rasa, saya perlu tegur sikap bertangguh ni, supaya korang kembali ke jalan yang benar.

Saya mulakan diet saya pada bulan ogos 2017 masa tu berat saya 115kg. Ya, hanya beberapa bulan lagi nak hujung tahun, but better late than never.

Siapa cakap dah terlambat?

Alhamdulilah, menjelang bulan Disember, saya berjaya kurangkan 38kg, berat saya sekarang 77kg. Selama 5 bulan saya ber’atkin’.

Jangan tanya sama ada saya ada cheat ke tak, sebab tu hanyalah soalan orang yang ingin gagal dalam mengurangkan berat badan.

Sebaiknya tak perlu tunggu 1 Jan 2018 kononnya semangat baru, tahun baru, tarikh cantik. Lagi bagus start hari ni. Ya, hari ni. Tak perlu nak tunggu beberapa hari lagi baru nak berdiet.

Ramai orang pm saya, mintak tips, mintak cara pemakanan, tapi semuanya tak bersungguh.

Saya pun tak tau, tujuan mintak tips dengan pemakanan ni untuk apa?

Adakah untuk korang kurangkan berat badan macam saya?

Maaf, sebenarnya tak ada tips untuk kurus, dan korang tak kan kurus pun kalau saya bagi 1000 tips sekalipun.

Sebab apa? Sebab semuanya 100% bergantung pada diri sendiri.

Kalau korang sendiri pun tak tau diet atkin tu apa, kenapa masuk dalam group ni? Kenapa sibuk nak mintak tips? Padahal korang sendiri tau, yang kurus dalam ni semuanya buat diet atkin.

Nota lagilah tak pernah buka, kan? Kalau nota pun tak pernah buka, macam mana nak kurus? Membaca pun malas apa lagi nk berdiet.

Bangkitlah, please start hari ni, kuatkan semangat, tak perlu nak tangguh-tangguh lagi. Korang perlu mulakan hidup baru, marilah kita bersama sama sihat, cantik, hensem.

Hidup ni sekali je, jadi hargailah. Jangan biarkan berat badan berlebihan membunuh kita, jangan menjadikan kegemukan sebagai punca kematian kita.

Bangkitlah dari lena, bangkitlah dari mimpi. Kejarlah impian kita, janganlah hidup dalam kegelapan. Jadikan hinaan, cacian, makian orang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.

Yang ada dengan kita sekarang hanyalah diri sendiri. Memang tak ada orang lain dah yang dapat membantu melainkan diri sendiri. Kita semua sama, kita semua gemuk, kita semua manusia, kalau saya boleh kenapa tidak anda?

 

Sumber: Mazuan Farishman Adam

Jom Komen