Bila Dah Jadi Mak, Ini 10 Fakta Yang Mak-Mak Akan Dilalui

Orang kata, demi anak mak sanggup berkorban apa saja. Walaupun diri sendiri tengah susah, demi anak mereka gagahkan juga. Kalau korang bakal menimang cahaya mata, bersedialah sebab 10 fakta yang dikongsikan oleh Syuhada Zalizan ini bakal korang hadapi.

 

10 Fakta Bila Dah Jadi Mak-Mak

1. Sia-sia iron baju, nanti berkedut seribu juga.

2. Terimalah hakikat, baju nanti akan jadi peta dunia. Tompok muntah, tompok susu.

3. Bab tudung pula, jangan haraplah tudung tu nak terletak elok macam mula-mula pakai. Silap-silap tercabut terus.

4. Handbag lupakan je lah. Mana nak muatnya pampers, baju spare, botol susu, mp4, wipe tissue. Banyak kot.

5. High heels boleh masuk almari. Terpeleot kaki nak kejar anak berlari satu mall.

6. Makan kat kedai makan macam marathon. Kunyah sekali terus telan.

7. Masuk toilet pun 5 minit dah keluar. Nak touch up gincu pikir dua puluh kali kot.

8. Bertabahlah bila baju basah lencun masa tukar pampers anak.

9. Lupakan nikmat nak tidur dalam kereta bila berjalan jauh. Nanti ada orang korek biji mata.

10. Nak main fon? Mimpi wei mimpi. Dalam masa seminit ada rampasan kuasa berlaku.

 

Ada lagi yang tertinggal wahai mak-mak?

 

Sumber: Syuhada Zalizan