“Bila Akak Tak De Duit Nak Beli Susu Anak, Akak Beli Susu Tea Pot.” – Netizen Sebak Baca Perkongsian Wanita Ini

Advertisement
Advertisement

Sebak bila baca perkongsian daripada Pn Sheda Said. Dulu beliau pernah kongsikan pengalaman beliau berhutang sehingga RM1 juta.

Baca: Hutang 1 Juta, Wanita Ini Anggap Salah Satu Cara Allah Tunjuk Kasih SayangNya

Terbaru, beliau kongsikan pula kesusahan beliau ketika membesarkan anaknya. Tak ada duit nak beli susu anak sehingga terpaksa beli susu tea pot sebagai ganti. Paling sayu, susu tea pot diselang-selikan dengan air sirap.

Tapi apa yang membuatkan dirinya begitu tabah dan positif walaupun ditimpa ujian yang begitu besar?

Jom baca perkongsian daripada beliau.

 

AKAK ditanya soalan begini:

“Kak, macam mana akak kelihatan sungguh POSITIF walaupun dugaan bertimpa-timpa.”

Allahu dik, akak bukanlah seorang yang positif melampau. Tak tahu nak beza yang patut bertenang atau patut teriak.

Begini dik, akak rasa akak dah tak de air mata untuk menangis jika musibah datang. Sebab 10 tahun yang dulu, akak dah puas menangis.

Macam mana akak tak menangis dik, bila akak tak de duit nak beli susu anak, akak beli je susu tea pot. At least nampaklah air tu berwarna putih. Masa tu baby lagi berapa bulan. Selang-seli bagi air sirap.

Masa tu zaman akak difitnah, dihina. Almaklumlah, akak gagahkan diri untuk menumpang sudut kedai orang a.k.a bawah tangga kedai orang untuk berniaga. Orang dok cerca ni jangan kira tapi akak belajar jadi telinga tebal. Akak buat buat tak dengar semua tohmahan orang semata mata kelangsungan hidup.

Dik, akak pernah berjalan kaki sejauh berpuluh kilo meter. Pergi buat check up perut. Masa tu akak pregnant anak kedua. Kereta? Kereta kecil yang ada tu, akak sorok rumah kawan sebab dah 4 bulan tak bayar.

Kalau akak nak cerita semuanya, akak takut awak yang tak kuat. Awak yang menangis berbaldi-baldi.

Akak cuma nak bagitahu ni, BERTENANGLAH walau apa jua situasi kritikal yang melanda sekarang.

Belajar berlapang dada dengan ujian Allah. Belajar bertenang.

Jika awak fikir MASALAH, makin banyak masalah yang datang. Masa tu, awak dah tak boleh fikir solusi lagi.

Jika berlaku sesuatu yang tak diingini, yang menyentap jiwa kita, cuba buat ini:

1. Istighfar. Bertenang. Pasakkan dalam minda, Allah sedang perhatikan awak untuk bagi latihan ke NEXT LEVEL yang lebih tinggi.

2. Jangan menangis dulu. Cari solusi jangka masa pendek untuk selesaikan.

3. Tengah malam berusahalah untuk bangun. Masa ni, menangislah sungguh-sungguh. Bercakaplah seolah-olah Allah ada depan awak.

Ya, penting dik untuk diri kita sendiri kawal EMOSI kita. Supaya bila hati tenang, kita dilihat orang yang MENANG.

Dengan segala kepedihan dan keperitan semalam, akak dah lali dan masih boleh berlagak tenang.

Share untuk bacaan sahabat yang sedang DOWN.

 

Sumber: Pn Sheda Said

Advertisement
Jom Komen