Bidan Umur 83, Tenaganya Mengalahkan Orang Muda! Penulis Buku 9Bulan10Hari Kongsi Pesanan Bidan Ini

Advertisement
Advertisement

Tok Puan Jusoh, pakar bidan untuk buku 9bulan10hari yang ditulis oleh Nazira Nazir. Kalau belek-belek buku 9bulan10hari dan lihat bahagian dokumentari, pembaca akan jumpa nasihat beliau.

Menurut Nazira Nazir, walaupun berumur 83 tahun tapi tenaga Tok Puan mengalahkan orang-orang muda. Sebabnya, tenaga urutan Tok Puan ni memang boleh sampai rasa nak patah tulang.

Nak bertenaga macam Tok Puan, rahsianya cuma kena berpantang dengan betul lepas bersalin.

Orang-orang dulu berpantang siap ada bara api. Letak di belakangnya bagi menggantikan tungku yang ramai wanita guna sekarang.

Berani ke nak berpantang macam tu? Habis je berpantang, kulit-kulit badan siap boleh dikupas-kupas selepas ‘dipanggang’ selama 45 hari.

Dan hasilnya, orang-orang dulu lagi kuat dari orang zaman sekarang.

 

Ini Pesanan Tok Puan

1. Stokin

Wajib pakai untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

 

2. Dilarang Mencangkung

Koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?

 

3. Rapatkan Kaki

Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. Kesian miss v. Rapatkan kaki anda, dan bantu’nya’ cepat sembuh dari luka.

 

4. Wanita Berpantang Bukan Ultraman

Jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja-kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

 

5. Bangun Di Awal Pagi Dan Elakkan Tidur Senja

Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut-urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

 

6. Jangan Keluar Rumah Kecuali Ke Klinik

Wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’. Elakkan.

 

7. Jaga Ibu Jari Kaki

Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.

 

8. Adab Ketika Mandi

Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah di atas bangku dan mandi air yang sedikit panas.

 

9. Membuang

Ada wanita yang sangat takut nak ‘membuang’ air besar selepas bersalin. Tips ni macam pelik skit tapi ia sangat membantu. Membuanglah sambil berdiri. Ia mengurangkan rasa takut dan ngilu.

 

10. Jauhkan Air Cond

Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.

 

11. Ikat

Sepanjang berpantang tu ikat rambut sekejabnya. Ia mengelak angin dari masuk.

 

12. Suami Take Note Ya!

Suami tolonglah bantu isteri. Sebenarnya tanggungjawab sediakan makan dan basuh baju isteri masa pantang adalah suami sebab isteri tak boleh main air masa tu. Katakan suami sibuk, suami perlu sediakan pembantu untuk uruskan wife dan anak anda. Jaga emosi dan fizikalnya.

 

13. Bertungku, Mengurut Dan Mandi Herba

Mengecutkan batu meriyan, mengurut mengangkat rahim dan mandi herba menyegarkan badan sangatlah penting untuk buat ibu-ibu rasa macam bak puteri semasa pantang.

 

14. Menu Berpantang

Ni memang kena jaga, ikan-ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.

Sumber: 9 Bulan 10 HariNazira Nazir

Advertisement
Jom Komen