Bibir Merah & Cantik Hanya Dengan Dua Bahan Ini Sahaja

Perasaan cemburu pasti akan terbit tatkala melihat rakan sebaya semuanya berbibir merah dan cantik, tetapi diri sendiri berbibir gelap hitam lebam.

Wanita yang berbibir merah hidupnya lebih simple. Tidak perlu membuang masa untuk memakai gincu. Sekadar calitkan ‘lip gloss’ pun orang dah kata cantik.

Berbeza pula bagi individu yang berbibir hitam, macam-macam orang mengata. Sampai ada yang kata mereka ini kuat hisap rokok. Betul kan?

Ada ke petua untuk merahkan bibir? Ada. Jangan risau. Founder Susuk Cerah, Afieyzea Aleeschaylee ada kongsikan petuanya. Cubalah.

 

Kredit Foto: FB Afieyzea Aleeschaylee

 

Tulis Afieyzea Aleeschaylee,

 

Hai, cantik-cantik semua.

Hari ini, Afiey nak share cara tradisional, dijamin selamat untuk menyihatkan bibir wanita yang suka pakai lipstick.

Kadang-kadang kita tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tidak elok untuk bibir.

Semestinya kunyit wajib ada dalam setiap petua.

 

Lip Scrub Kunyit Madu by Afieyleescha

 

Bahan-Bahan:

  • Kunyit
  • Madu
Kredit Foto: FB Afieyzea Aleeschaylee

 

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan kunyit dan madu.
  2. Kacau sambil hancurkan kunyit agar sebati dengan madu.

 

Cara Guna:

  1. Sapu rata pada bibir.
  2. Biar kering selama 10 minit.
  3. Selepas kering, gosok untuk buang Lip Scrub.

 

Khasiat Kunyit Untuk Bibir:

  • Kandungan antiseptik & anti bakteria semulajadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka.
  • Kaya dengan Vitamin C semulajadi memberikan tona untuk bibir.
  • Mengandungi anti-inflamasi untuk membantu mengurangan kehitaman pada bibir.

 

Khasiat Madu Untuk Bibir:

  • Membantu memberi tona dan memerahkan bibir secara semulajadi.
  • Mengubati bibir yang kering, pecah dan hitam.
  • Melembabkan bibir.

 

Nota Tambahan:

  • Lip scrub ini sesuai untuk mereka yang ada masalah bibir pecah, kering dan hitam (perokok).
  • Jika ada lebih, boleh simpan dalam peti ais.
  • Jangan kerap menjilat bibir kerana ia akan membuatkan bibir bertambah kering.
  • Banyakkan minum air putih, bukan saja baik untuk bibir tapi baik untuk kulit.

 

Pen Hitam

Korang kalau bibir dah merah tu nanti, jangan pula lupa kongsikan petua ni dengan orang lain.

 

Sumber: FB Afieyzea Aleeschaylee