Bibir Bayi Melecur Kerana Memasukkan Kabel Pengecas Telefon Ke Dalam Mulut

Gara-gara memasukkan kabel pengecas telefon di mulut, bibir bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk.

Menurut ibu mangsa, Courtney N Davis, Kejadian itu berlaku pada 28 September lalu di mana bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk.

Mangsa kemudian dibawa ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur. Bagaimanapun, tiada ubat yang dapat diberikan kerana bimbang akan dijilat oleh bayi perempuan tersebut.

Kebiasaanya, Courtney tidak meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh bayinya itu. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut.

Sebelum ini bayi perempuan itu tidak pernah menyentuh atau memasukkan alat pengecas tersebut ke dalam mulut. Namun, hanya beberapa saat sahaja bibirnya sudah melecur.

“Pada hari kejadian, dia memasukkan kabel pengecas ke dalam mulut sehingga bibirnya melecur teruk,” katanya.

Courtney menasihatkan ibu bapa dan penjaga serta pengasuh berhati-hati dan tidak meletak atau membiarkan alat pengecas telefon di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Foto Kredit: Courtney N Davis
Foto Kredit: Courtney N Davis
Foto Kredit: Courtney N Davis
Foto Kredit: Courtney N Davis
Foto Kredit: Courtney N Davis

 

Sumber: FB Courtney N Davis, The Reporter