Bersihkan Rahim Selepas Haid, Amalkan 2 Kali Sebulan Pun Dah Cukup

Bagi wanita yang nak jaga badan, jaga rahim atau nak naikkan seri muka, elok amalkan minuman air rebusan yang dikongsikan oleh Amyra Nabila Hasnol ni.

Tak perlu minum setiap hari, cukup jika diamalkan dua kali sebulan. Nak lagi elok, amalkan selepas datang haid. Senggugut pun boleh hilang.

 

Khasiat Air Rebusan

  • Membersihkan rahim selepas haid.
  • Mengeluarkan angin dalam badan.
  • Memecahkan lemak-lemak diperut.
  • Mengurangkan masalah bau badan.
  • Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.

 

Bahan-Bahan

Kredit Foto: Amyra Nabila Hasnol
  • Halia (Besar ibu jari)
  • Kunyit (Besar ibu jari)
  • Serai (4-5 batang)
  • Daun pandan (3 helai)
  • Madu/Gula batu (Ikut suka)
  • Air 3 cawan

 

Cara Penyediaan

Kredit Foto: Amyra Nabila Hasnol
  • Serai tumbuk kasi pecah sikit.
  • Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.
  • Campurkan ke semua bahan-bahan tadi.
  • Rebus semua bahan tadi sehingga pekat dan mendidih selama 30-40 minit. Api jangan terlalu kuat, api kecil lagi bagus.

 

Cara Minum

Kredit Foto: Amyra Nabila Hasnol
  • Sebaiknya selepas bersih daripada haid.
  • Boleh minum suam-suam. Boleh juga minum sebaik sejuk.

 

Nota Tambahan

  • Nak rawat keputihan, tambah sireh 2 helai.
  • Nak merapatkan Miss V, tambah manjakani 1 biji.

 

Sumber: Amyra Nabila Hasnol

Jom Komen