Bajet RM395 Untuk 11 Orang, 2 Hari 1 Malam, Berbaloi-Baloi

Tau tak nak bawa family bercuti di mana? Mungkin perkongsian daripada Nina Azahari ini boleh dijadikan idea. Kos tak sampai RM395 (11 orang) untuk 2 hari 1 malam katanya. Paling penting privacy. Tak ramai orang tahu tempat ni.

Jom baca perkongsian beliau.

 

KADANG-KADANG kita macam blur dan tak boleh fikir kat mana tempat bercuti yang sempoi dan rileks kat belah perak ni kan?

Ni dia, saya nak share tempat yang bagi saya paling rileks, cantik & selesa dengan harga yang saya bagitahu kat atas. Harga tak sampai RM400 ni untuk 11 orang, 6 dewasa dan 5 kanak-kanak.

Harga ni include accomodition + bayaran tambahan 2 adults & 5 kids fee admission saja. 4 dewasa lagi dapat free admission sebab dah include tempat stay.

Ok jap. Lupa nak share nama tempat. Untuk yang belum tahu, tempat ni dekat tepi jalan lama antara temoh dan kampar perak.

 

Nama Tempat: Re Farm Leisure

Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak.

Waze: Re Farm Kampar

 

Tempat ni boleh mandi manda tanpa stay. Bayaran seingat saya RM10 dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak. Kalau nak stay ade 3 jenis accomodition. Boleh google jenis rumah yang korang nak. Ade jenis private villa, villa dan ade jenis cabin farm villa (toilet kat luar).

 

Leisure Farm/Taman Santai: 9am – 6pm

Isnin-Ahad, Cuti (Selasa) kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

 

Kita orang 11 orang decide stay kat villa. Sebenarnya muat untuk 4 orang je. Tapi kami sumbat je sampai 11 orang. Kihkih. Sebab besar sangat villa tu. Orang malaysia kan selagi boleh sumbat, kita sumbat.

So, tiket admission free untuk 4 pax je. Lebih dari tu kena bayar. Ala tak mahal pun. Dewasa RM10. Budak RM5.

Dalam Re Farm ni ade mini zoo, vegetable farm, kolam ade 3 jenis (2 untuk orang awam, 1 lagi kolam untuk private villa), boleh jungle tracking, boleh main pedal boat, net fishing & boleh berbasikal. Syiok sebab tak ramai sangat yang tahu tempat ni.

Yang best lagi ade satu kolam ni air dia dari sumber air bukit. So sejuk. Kita orang berendam pukul 7:30 pagi. Menggigil.

Kalau makan pulak, untuk yang stay villa macam kita orang cam biasa tapau je dari rumah. Tak payah membazir. Tapi kalau nak makan kat restoran diorang pun boleh. Cuma kita orang tak rajin. Kalau korang nak bajet lagi boleh keluar pegi pekan kampar. Tak jauh sangat. Tapi mesti ade kereta lah ye.

Untuk kita orang, stay sini sangatlah berbaloi. Sebab rasa privacy dia tu. Tak ramai sangat orang dan dengar pulak bunyi cengkerik waktu malam tu yang best.

Korang blur tak tahu nak belanja family pegi mana? Nah! Dah share pun. Try la pegi dulu. Kalau stay villa tu boleh bbq kat situ. Kita orang ni tak sempat sebab unplanned trip kan. Next time maybe.

Nah belanja gambar-gambar sekitar kawasan Re Farm. Ape lagi, tag la pasangan korang. Mesti tak sabar kan? Hihi

 

Gambar Sekitar Re Farm

Villa yang kitaorang stay atas bukit.

 

Kolam ni dari air bukit. Best.

 

Tak de orang. Jadi kolam ni kami yang punya! Hehe.

 

Boleh sewa Padel boat. RM20 untuk 40 minit. Kayuh la sampai berpeluh.

 

Boleh bagi ikan talapia makan seikhlas hati.

 

Time tunnel ni terowong ade cerita pasal sejarah biji timah kat area kampar ni dan sejarah kampar sendiri. Ok jugak. Boleh tambah pengetahuan.

 

Private villa boleh sewa siap boleh bbq. 1 rumah ni 2 bilik. RM600 satu malam. Kita orang share private pool ni walaupun villa kita orang bukan area ni.

 

Kawasan bbq pun besar. Siap meja + kerusi.

 

Kolam yang terbest kat sini.

 

Nampak dihujung tu ade air dari bukit.

 

Private pool untuk yang stay di villa ni je.

 

7:30 pagi ok. Sejuk menggigil.

 

Time tunnel.

 

Villa ni harga RM350 je satu malam.

 

Kawasan ni tak leh mandi. Boleh cuci mata je . Tapi cantik.

 

Mini zoo. Burung unta, rabbit, kambing, rusa pun ade. Boleh la untuk anak2.

 

Sumber: Nina Azahari

Jom Komen