Bahaya Guna Kuali Non Stick Yang Dah Calar

Advertisement
Advertisement

Non stick pan atau Kuali non stick sememangnya menjadi pilihan mereka yang gemar memasak. Ini kerana ia memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja di dapur. Tapi tahukan anda, non stick pan juga ada risikonya sendiri.

Kenapa berisiko dan bagaimana cara untuk elakkan risiko tersebut?

Untuk persoalan di atas, anda wajib baca perkongsian daripada Hadihaizil Din.

 

PENGGUNAAN KUALI NON STICK YANG TELAR CALAR ADALAH TIDAK BAGUS

Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur.

Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.

Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.

 

 

Ya CALAR yang merbahaya.

Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.

Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.

Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.

Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.

Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.

Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.

Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.

Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.

Eizil, seronok guna kuali baru berasaskan granite.

 

INFO TAMBAHAN

Bagi anda yang nak tambah ilmu tentang faedah, risiko dan cadangan pengendalian jenis-jenis peralatan memasak, bolehlah klik link di bawah.

http://www.myhealth.gov.my/images/JenisPeralatanMemasak(BKKM).pdf

 

Sumber: Hadihaizil Din

Advertisement
Jom Komen