Baby Baru Lahir, 7 Bulan Kena Tahan Wad. Ibu Ini Kongsi Pengalaman Sebagai Pengajaran Untuk Mak-Mak Mengandung

Advertisement
Advertisement

Masih ramai mak-mak muda yang tidak tahu, bahawa penjagaan kandungan di awal kehamilan adalah sangat penting. Kalau tak jaga dengan betul, ia bukan saja akan mengundang perkara tak baik kepada janin, bahkan ia turut memberi meningkatkan risiko untuk berlakunya keguguran.

Jangan kerana mak-mak rasa mak-mak kuat dan gagah, maka mak-mak turut anggap anak dalam perut juga kuat. Jadikan kisah Puan Fizah Sobri sebagai pengajalan. Harap ianya tidak berlaku kepada orang lain.

PENGAJARAN untuk mak-mak mengandung. Especially yang first time pregnent.

1. Jangan terlalu gagah drive. Tak kira manual atau auto.

2. Jangan rajin sangat kemas rumah kalau tak larat. Biarkan je rumah macam tongkang pecah.

3. Tak payah masak. Suh je laki hang masak atau tapau.

4. Bakal-bakal bapak jangan sedap-sedap je rasa bini kau tu strong. Walaupun dulu bini kau budak sukan.

Pengalaman yang cukup terkesan. Satu masa dulu boleh kata hakak agak aktif. Lepas kawin pernah gugur sekali sebab berlari turun tangga tingkat 4. Gagah kan! Padan muka.

Lepas 6 bulan, Alhamdulillah. Pregnent lagi. Excited. Turun tangga naik tangga slow. Haru. Setengah jam kalau nak turun atau naik.

Time ni part time study pjj kat UTHM. Gagah jugak! Hujung minggu drive ulang alik pergi kelas kulai-batu pahat. Drive sendiri hokey. Masa ni pregnent dalam 11w. Hakak rasa hakak gagah. Tapi tak. Hakak bleeding masa dekat kelas. Suami nak tak nak kena la datang ambil bini dia kan.

Esoknya hakak warded. Jalan dah bukak. Hakak punye sedih meratap nasib bila doc cakap miscarriage. Esoknya cek jalan dah tutup. Time tu punye la gembira.

Hakak kemudiannya jalani hidup sebagai preggy mummy dengan gembira. Oh ye, hakak pospone sem sebab tak nak drive jauh. Taubat.

29w kandungan, hakak heksaited nak tau baby laki ke perempuan. Konon nak suprise. Tapi hakak tak boleh tahan.

Mula la episod-episod pelik. Mungkin kesan dari bleeding di awal kandungan.

Bila scan, baby kecil. Doc pelik. Betul ke 29w? Tapi hakak memang confirm. Refer klinik kesihatan yang buat checkup. Followup seminggu, baby memang kecil dari usia. Terus kena tolak pergi HSA, JB.

Ingat refer macam tu je. Sekali hakak kena tahan wad terus. Uri tak lekat betul dekat dinding rahim. Dua minggu hakak berhuhu dalam wad dengan uniform pink. Jiran sebelah katil dah bertukar lebih dari 20 orang. Hakak kental.

32w bila scan aliran darah terbalik. Terus emergency czer. 17-Jun-17. Baby boy. 800g. 2.40pm.

Anak hakak besar tapak tangan. Hakak macam berkira-kira. Boleh ke si kecil ni survive? Lama hakak kumpul kekuatan. Sampai hakak jumpa 1 group yang sangat-sangat membantu. Baby Premature Malaysia – NICU. Tahniah dan tq pada group admin dan ahli.

Hakak tak penah post apa-apa pasal anak hakak. Bukan sebab hakak nak mengelak. Tapi kalau hakak post, orang cuma akan cakap ‘kesiannya’. ‘Sabar ye’. ‘Banyak-banyak bersabar’.

Huhhhh! Seriously. Hakak lagi rasa down. Der. Lu baru kumpul kekuatan, tapi orang cakap kesian kesian kesian. Agak-agak apa yang lu rasa? Anoyying dowh! Mahap la ye kalau ada yang terasa.

Berbalik pada anak. Boy, 800g, 32w 2d, 17-6-2017, Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis.

Nicu 51 days. 2 bulan scn a3. Naik semula nicu seminggu sebab rsv virus. Turun scn sebulan. Berat drop. Transfer scn a3 . Sampai genap umur 7 bulan, discharged.

Wehooooo. 7 bulan der duk wad. Maksudnya 7 bulan anak tak balik rumah langsung dan akhirnya He’s back walaupun dengan oxygen. Dua minggu dekat rumah. Banyak perubahan positif. Harap-harap checkup lagi sekali boleh off oxygen. InsyaAllah. Amin.

Last but not least. Jagalah kandungan anda. Peace yo.

 

Sumber: Fizah Sobri

Advertisement
Jom Komen