Astagfirullahaladzim. Jangan Percaya Khabar Angin – TPM Terkejut Gosip Izzah Dengan Agong

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan bahawa anaknya Nurul Izzah Anwar akan dijodohkan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, lapor mStar Online.

“Astagfirullahaladzim. Jangan percaya khabar angin,” kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau dilihat mengurut dada dan terkejut dengan soalan berkenaan namun mampu tersenyum ketika ditemui media selepas melawat Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu dekat sini, Selasa.

Nurul Izzah, yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebelum ini dilapor menafikan berita itu yang tular di media sosial.

Pada Khamis lepas, Dr Wan Azizah bersama suaminya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis menerima menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu.

Ia kunjungan sulung Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR ke Kelantan selepas mengangkat sumpah sebagai timbalan perdana menteri.

 

Sumber: mStar Online

Jom Komen