Alhamdulillah, Lepas Guna 3 Cara Mudah Ini Blackhead Terus Hilang. Tak Menyesal Cuba.

Kulit muka merupanya salah satu bahagian yang terpenting bagi seseorang kerana dari mukalah ramai yang jatuh hati. Namun kulit muka juga terdapat pelbagai masalah dan masalah itu berbeza bagi setiap orang. Masalah kulit muka yang kerap dihadapi oleh ramai orang ialah ‘blackhead’.

Blackhead adalah jerawat yang tidak mempunyai kulit di permukaannya. Oleh kerana itu, ia terdedah kepada udara, lapisan atas di pori-pori anda akan teroksida dan berubah menjadi hitam. Apa yang perlu anda lakukan adalah membersihkan pori-pori, dan blackhead akan hilang. Tidak perlu untuk memicit atau memaksanya keluar menggunakan tangan untuk buang blackhead.

Berikut adalah 3 cara untuk membuang blackhead secara semula jadi. Selamat mencuba.

 

3 Cara Buang Blackhead

1. Jadikan Pengelupasan Sebahagian Aktiviti Mingguan Anda

Sebenarnya, terdapat banyak bahan yang boleh digunakan untuk proses pengelupasan dan menanggalkan blackhead. Semua bahan tersebut boleh didapati di rumah sahaja. Antaranya, susu dan serbuk buah pala.

Terutamanya bagi muka yang berminyak. Serbuk buah pala membantu mengurangkan minyak pada muka, menawarkan kuasa skrup dan menghasilkan kulit yang halus. Asid lactic di dalam susu membantu memecahkan sel kulit lama, jadi ia akan hilang apabila anda membilas muka. Jika anda ingin mencuba, gunakan buttermilk dan bukan susu biasa (ia mengandungi lebih asid lactic).

Nota: Anda juga boleh guna: baking soda dan air, jus lemon dan gula, atau garam dan sour cream.

Cara-caranya: Campurkan bahan skrup anda dengan air sehingga terbentuk lapisan yang nipis. Mulakan dengan membersihkan muka, bilaskan dengan air bersih, dan kemudian sapu rata pada wajah secara gerakan bulatan. Tumpukan di tempat blackhead, tapi ingat gunakan gerakan yang lembut, bagi memelihara kulit anda.

Lakukan selama 3-5 minit, bilas sepenuhnya dan rasai kelembutan kulit wajah anda.

 

2. Menggunakan Mask Dari Madu

Berbeza dari pembersih muka yang diperbuat dari madu. Biarkan muka anda kering tanpa bilas atau basuh muka untuk mengelakkan wajah anda lembap dan berair.

Madu itu hendaklah betul-betul tulen dan pekat untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Cara-caranya: Letakkan sedikit madu di jari dan mula sapukan perlahan di sekitar wajah anda. Madu berfungsi menanggalkan blackhead yang berada di liang-liang pori, dan menariknya keluar apabila anda selesai mengurut wajah anda.

Ia juga membuatkan muka anda antibakteria dan antioksida, jadi segala yang tertinggal di pori anda tidak akan teroksida. (bertukar menjadi hitam). Lakukan selama 3 minit dan bilas muka anda dengan air bersih.

 

3. Guna putih telur untuk menanggalkan kotoran

Pada zaman sekarang kaedah inilah yang banyak diperaktikkan oleh orang untuk mengatasi masalah blackhead.

Cara-Caranya: Mulakan dengan memebersihkan muka, ratakan putih telur keseluruhan muka dengan menggunakkan tangan atau berus solek. Mulakan dengan lapisan nipis dan biarkan ia kering sekejap.

Kemudian sapu lapisan kedua atas lapisan pertama tadi dan biarkan ia kering dengan sempurna. Fokuskan kepada bahagian yang banyak blackhead. Biarkan ia kering selama 15 minit. Wajah anda akan terasa tegang. Selepas itu, letakkan air suam di tuala dan bersihkan wajah anda. Wajah anda akan terasa sangat lembut.

Ini adalah beberapa cara buang blackhead, mungkin tidak selamanya tetapi boleh mengurangkannya. Selamat mencuba!

 

Sumber: Alraudhah

Jom Komen