Air Rebusan Epal Hijau Dan Serai, Resipi Viral Untuk Kempiskan Perut

Air Rebusan Epal ini dikongsikan oleh Aisyah Abdullah. Menurut Aisyah, dia sebenarnya malas nak cuba, tapi disebabkan kakaknya Suttarat Wan Hanifah hilang 10kg dalam masa kurang tiga bulan, maka dia pun cuba la jugak.

Hasilnya, dalam masa sebulan 3kg hilang. Dan paling best, kalau dulu, selalu je sakit-sakit urat, mudah penat, tapi sekarang tidak lagi.

Kredit Foto: Suttarat Wan Hanifah

Selain tu, air rebusan ini bermanfaat untuk mengeluarkan angin dalam badan, mengurangkan kolesterol, membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan. Wow! Terbaik khasiat air rebusan ni.

Menurut Suttarat Wan Hanifah, resepi air rebusan ini dikongsikan oleh tukang urut yang kerap ditemuinya di salah sebuah resort di Satun, Thailand.

Jadi, bagi korang yang nak kekal lansing dan sihat dengan cara traditional, boleh la amalkan air rebusan epal ni.

 

Bahan-Bahan

Kredit Foto: FB Butik Ratu Pesona Full
  • 5 batang serai diketuk
  • 3 biji buah epal hijau dan dibelah dua
  • 1 ke 1.5 Liter air

 

Cara-Cara

Kredit Foto: FB Butik Ratu Pesona Full
  • Masukkan semua bahan. Rebus sehingga epal menjadi lembik.
  • Seeloknya minum ketika suam.

 

Kebaikan

  • Keluarkan angin dalam badan.
  • Kempiskan perut.
  • Menurunkan berat badan.
  • Cepat kenyang
  • Awet muda
  • Kulit cerah
  • Mengurangkan kolestrol
  • Menhilangkan sakit badan/sakit urat
  • Sesuai untuk orang sakit lutut (amat disyorkan)
  • Menghilangkan sakit tumit.
  • Meringankan tubuh badan

 

Sumber: Suttarat Wan Hanifah, Aisyah Abdullah