Air Masuk Mesin Basuh Slow? Meh Sini Kami ajar, Tak Perlu Hantar Kedai Repair

Mesin basuh tak rosak cuma air yang masuk je slow sangat. Tak kan sebab masalah kecil ni kita nak beli sebiji mesin basuh baru? Kalau hantar kedai pun, paling tidak RM200 kena cas. Jalan terbaik repair sendiri.

Tak reti?

Jangan risau, Bro Mazuan Lin ni akan ajar korang selesaikan masalah ni dalam 10 langkah secara bergambar.

 

 

NAK share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kak Chik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.

Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap-silap lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.

Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni.

Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.

 

AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!

 

1. Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang. Kalau tak nak mandi sambil kena karan lah.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

2. Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver sebab takut patah.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

3. Kadang-kadang air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. Lepas tu, pasang balik. Kadang-kadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

4. Buka skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

5. Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valve terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

6. Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ni tak berskru pada body so aku tarik keluar aje. Cek la dulu korang punya kot ada skru.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

7. Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

8. Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam RM30 saja.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

9. Pasang balik semua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

10. Hos air jangan lupa sambung pulak.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

Wallaa….lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.

Kredit Foto: FB Mazuan Lin

 

Sumber: FB Mazuan Lin

Jom Komen