Air Kurus Viral: Khas Untuk Wanita Yang Nak Badan Kurus, Kulit Cantik, Badan Wangi

Kakak-kakak yang nak buang lemak tepu dekat badan tu elok sangat cuba minum Air Kurus Viral ni, sebab bahan-bahannya kebanyakan ada di dapur.

Paling best, untung-untung 3 hari minum boleh turun sekilo. Fuh, memang menguji keimanan betul la resepi dari Aisyah Badar Bajrai ni. Tunggu apa lagi? Moh la kita cuba.

Kredit Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

 

Tulis Aisyah Badar Bajrai,

Inilah Resepi Air Kurus Viral yang jadi igauan kakak-kakak dekat luar sana. Bila restock je mesti licin disambar orang. Tak sempat Aisyah nak pelok-pelok selfie dengan Kayu Manis Ceylon (KMC) ni.

Macam mana la tak jadi rebutan. Yang dulu pakai baju size XL, lepas minum air kurus viral ni terus pakai baju size M. Yang berat 73kg, lepas raya boleh pula berat tinggal 63kg.

Yang penting, air kurus viral ni kita buat sendiri kat dapur. Guna bahan kat dapur je. Tak ada bahan pelik-pelik. Jadi tak ada la kita risau nak minum kan.

Jom tengok resepi air kurus viral, kalau bahan dah cukup, malam ni boleh rebus. Untung-untung minum 3 hari turun sekilo.

 

Bahan-Bahan

  • 1 liter air
  • 2 batang serai, diketuk
  • 7 biji cengkih
  • 1 batang KMC yang dibelah dua
  • 3 hiris halia di ketuk
  • 1 biji lemon
  • 1 sudu besar madu
Kredit Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

 

Cara Penyediaan

1. Rebus kayu manis ceylon, halia, serai, dan cengkih dengan 1 liter air.

Kredit Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

 

2. Rebus sampai mendidih, dalam 15-20 minit. Pastu tutup api.

Kredit Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

 

3. Ambil setengah gelas Air Kurus Viral kemudian tambahkan dengan setengah air panas.

Kredit Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

 

4. Kemudian perahkan dengan lemon. Satu hiris je cukup. Jangan pakai limau kasturi pula, khasiat dia tak sama.

Kredit Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

 

5. Last sekali, masukkan satu sudu besar madu. Pastikan pakai sudu plastik. Kalau pakai sudu besi nanti khasiat dia terjejas.

Kredit Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

 

6. Kacau rata sambil selawat. Pastu niat nak sihat tubuh badan dan kurus. Minum 30 minit sebelum makan.

Kredit Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

 

7. Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.

Kredit Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

 

Khasiat Air Kurus Viral

Air ni bukan untuk kuruskan badan je, tapi kalau amalkan minum setiap hari, nanti badan kita kurus, kulit cantik, badan wangi sebab bahan-bahan yang kita guna semua ada khasiat.

 

KMC

  • Boost metabolisme badan
  • Kurangkan kolestrol
  • Kurangkan selera makan
  • Lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak ada la cepat rasa lapar
  • Lancarkan period dan servis dalaman

 

Serai

  • Bantu penghadaman
  • Buang toksin dalam badan
  • Kurangkan bau badan
  • Cantikkan kulit
  • Kurangkan stress
  • Cairkan lemak degil
  • Anti kanser
  • Kurangkan kencing manis
  • Kurangkan jerawat kat muka

 

Halia

  • Buang angin dan toksin dalam badan
  • Pecahkan lemak
  • Hilangkan bau badan
  • Lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

 

Lemon

  • Cuci kerak dalam usus
  • Bakar lemak degil
  • Ada vit c, bagus untuk kulit
  • Anti kanser
  • Mengempiskan perut

 

Cengkih

  • Boleh mencegah stroke, cegah darah beku
  • Lancarkan pencernaan
  • Cantikkan kulit
  • Wangikan badan

 

Madu

  • Melancarkan darah
  • Tambahkan tenaga
  • Antioxidant
  • Mencegah kanser
  • Pemanis semula jadi

 

Siapa nak badan kurus, kulit cantik, badan wangi, Wajib cuba resepi ni. Memang best sangat.

 

Sumber: FB Aisyah Badar Bajrai

Jom Komen