Abam Jemput Semua Rakyat Malaysia Ke Majlis Perkahwinannya

Ramai artis dilihat mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup sejak akhir-akhir ini, seakan ianya merupakan satu trend buat artis Malaysia. Namun, berbeza bagi pelawak terkenal, Abam Bocey.

Abam yang juga merupakan anggota kumpulan Bocey, telah menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 20 Januari ini.

Jemputan ini telah dimuatnaik dilaman Instagram miliknya pada Jumaat lalu.

Majlis akan bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga tamat majlis dan diadakan di kediaman keluarga Abam di Sungai Salak Batu 10, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Abam turut meminta peminatnya di Instagram agar meviralkan jemputan itu kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa, agama, dan pangkat.

ASSALAMUALAIKUM, saya dengan rendah diri menjemput semua kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara mara dan semua rakyat malaysia untuk hadir di majlis walimatulurus sebelah lelaki pada 20 Januari 2018, hari Sabtu. Bermula jam 12 tengah hari sehinga habis majlis.

Minta panjangkan jemputan ini. Semua dialu-alukan kedatangan. Tak kira bangsa, agama, pangkat, darjat dan semuanya. Semoga kita semua dicucuri rahmat dan diberi kesihatan yang baik. InsyaALLAH. #kitabaikramaisayang #kendurikahwin

 

Sumber: Abam