7 Tips Ini Boleh Bantu Anda Halau Lalat Di Rumah, Tapi Ia Tetap Tidak Berguna Jika Kebersihan Rumah Tidak Dijaga

Advertisement
Advertisement

TAK ada seorang manusia pun yang suka diganggu ketika sedang menjamu selera, walaupun yang mengganggu itu hanyalah seekor lalat. Pasti nafsu lapar terbantut dek kerana kedegilan si lalat yang terbang hinggap ke makanan yang terjamu di atas meja.

Rasanya semua dah tahu, lalat merupakan serangga yang boleh menyebarkan penyakit. Ini kerana, cara pemakanan dan sifatnya yang sering hinggap ke tempat yang kotor seperti najis, tandas, sampah dan lain-lain. Bagaimanapun, bukan semua jenis lalat adalah pembawa penyakit, seperti lalat buah dan lalat bunga.

Kemunculan lalat pasti merimaskan dan memalukan sesiapa saja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka hinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menggangu.

Jadi, kami ingin kongsikan dengan anda beberapa cara yang sesuai untuk digunakan bagi menghalau lalat dengan cepat.

 

7 Tips Menghalau Lalat

1. Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba yang dikeluarkan lilin amat tidak disukai lalat.

2. Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan ianya terdedah di ruang dapur.

3. Letakkan secekak daun kari dalam bekas yang berisi air dan biarkan di sudut meja tempat makanan atau hidangan.

4. Ambil beberapa biji cili besar dan dibelah dua dan letakkan di atas meja.

5. Tumbukkan kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

6. Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan terbang meninggalkan anda.

7. Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi dengan kulit kayu manis, bunga lawang, dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruangan makan yang terdapat banyak lalat.

 

Hasilnya dengan menggunakan tips-tips di atas adalah sementara. Sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pastinya lalat tidak akan datang ke rumah anda.

Jagalah kebersihan kawasan rumah anda supaya anda tidak akan ditimpa penyakit di kemudian hari.

 

Sumber: alraudhah.com

Advertisement
Jom Komen