7 Petua Masak Nasi Supaya Lambat Basi, Boleh Tahan 2 Hari

Pelik juga sebab nasi yang kita masak cepat basi. Tapi nasi bungkus dekat kedai sebelah tu esok pagi pun boleh makan lagi. Padahal tak letak dalam peti sejuk pun. Apa rahsia diorang ye?

Kalau nak tau, ada teknik dan petua yang perlu korang ikut agar nasi tak mudah basi. Nak tau caranya? Ikut petua-petua di bawah ni. Mudah je.

 

1. Basuh Hingga Bersih

Kredit Foto: leaf.tv

Ada orang kata, jangan basuh nasi banyak kali sebab takut semua nutrisi akan dibasuh sekali. Tapi, kalau cuci sekali je, nasi akan cenderung untuk cepat basi.

Apa yang korang boleh buat adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras dibuang betul-betul sebelum mencuci untuk kali kedua atau ketiga.

Korang juga boleh masak nasi menggunakan air dari mesin penapis, kalau ada dekat rumah.

 

2. Pastikan Periuk Bersih

Kredit Foto: chowhound.com

Antara penyebab nasi cepat basi adalah kerana ada kotoran atau sisa-sia nasi semalam yang melekat pada periuk yang digunakan. Ini boleh menjejaskan kualiti nasi yang dihasilkan.

Jadi, pastikan korang mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.

 

3. Perah Limau Nipis

Kredit Foto: seriouseats.com

Sebelum masak nasi, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan risau sebab rasa nasi tak berubah pun. Malah, ia akan buatkan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.

 

4. Biarkan Wap Nasi Keluar

Kredit Foto: siamsizzles.com

Bila masak nasi dengan rice cooker, jangan lupa buka penutup sebaik saja nasi dah masak. Kais-kais nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap nasi tadi keluar daripada periuk.

Cara ini akan buatkan nasi yang baru masak tadi tidak akan menjadi lembab. Sebelum tutup penutup, lap dulu penutup dengan kain bersih.

Cara masak nasi macam ni akan buatkan nasi tahan lebih lama dan tekstur nasi juga lebih lembut dan berderai dengan elok.

Pastikan cabut plug atau off kan suis, kalau tak nak makan dalam masa terdekat, jangan biarkan rice cooker sentiasa dalam keadaan ‘warm’.

 

5. Letak Secubit Garam

Kredit Foto: phunukiueviet.com

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.

Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.

 

6. Panaskan Periuk Nasi Atas Dapur

Kredit Foto: Puan Suaida Salehudin

Menurut Puan Suaida Salehudin, petua ini dikongsikan oleh ibu beliau sendiri.

Caranya adalah dengan telingkupkan periuk nasi atas dapur, pastu nyalakan api. Mungkin dengan cara ini, bakteria atau kuman yang buatkan nasi cepat basi akan mati. Itu sebab nasi boleh tahan sampai 2 hari.

 

7. Masak Air Dalam Periuk Nasi

Kredit Foto: shutterstock.com

Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.

Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.

Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.

 

Mudah kan?

Cukuplah 7 petua yang korang boleh tiru untuk elakkan nasi cepat basi. Jadi, tak ada masalah lagi kalau terlupa nak simpan nasi dalam peti sejuk.

 

Sumber: Siraplimau.com