7 Lokasi Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Berjalan-jalan Bersama Keluarga

Cuti sekolah yang akan datang, pastinya ditunggu-tunggu buat semua orang kerana waktu sebegitu, ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga bagi meraikan anak-anak yang sudah penat lelah belajar di sekolah. Mungkin ada dikalangan kita yang sudah merancang dan ada juga yang baru nak merancang. Bagi percutian dalam negara, banyak tempat yang kita boleh bercuti ataupun pergi tempat-tempat menarik yang sekitar dengan tempat tinggal kita.

Jika anda merancang untuk bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, apa kata anda bawa anak-anak anda ke sini. Kami akan kongsikan beberapa tempat menarik yang mungkin membantu anda untuk merancang lebih awal. Buat anda yang berada di luar Kuala Lumpur pun boleh saja datang jika berkelapangan ya!

1. DISTRICT 21

www.district21.com.my

Siapa yang tak pernah dengar District 21 ni kan? Terletak di salah sebuah pusat membeli -belah paling popular di Malaysia iaitu IOI Mall, Putrajaya, pasti akan menarik minat bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda cuba bersama anak-anak adalah seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman ber’flying fox’, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Free Fall, Low Ropes dan akhir sekali Tubby Ride. Bukan anda sahaja boleh cuba tapi anak-anak pun mesti suka!

Lokasi :District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya

Waktu beroperasi : Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)

Harga kemasukan : Isnin – Jumaat RM58/pax | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax

2. Taman Burung Kuala Lumpur

http://suriatravel2u.com/

Bagi anda yang bukan penggemar kepada aktiviti lasak pula, memang sesuai sangatlah untuk membawa seisi keluarga berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur. Di sini, anda dapat melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik dari seluruh pelusuk dunia. Taman burung ini juga dibahagikan kepada empat Zon yang menempatkan spesis burung yang berbeza. Jadi, kalau anda nak beriadah sambil memberi ilmu kepada anak-anak, taman burung inilah tempatnya!

Lokasi : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Harga Tiket: Dewasa Warganegara: RM27, Pelancong: RM50 | Kanak-kanak (3-11 Tahun) Warganegara: RM13, Pelancong: RM41

3. Aquaria KLCC

commons.wikimedia.org

Aquaria KLCC pasti menjanjikan pengalaman yang hebat buat anda sekeluarga! Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut, yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Tambah pula anak-anak sedang berada di sekolah, memang sangat sesuai lah Aquaria KLCC ini dikunjungi supaya mereka mendapat ilmu untuk diceritakan kepada rakan-rakan di sekolah. Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air. Menarik kan!

Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur

Waktu operasi : Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)

Harga kemasukan : Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49

4. Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

kuala-lumpur.attractionsinmalaysia.com

Percaya atau tidak, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur merupakan taman rama-rama terbesar di dunia! Mempunyai sebanyak lebih 6000 jenis rama-rama disekitar tumbuhan eksotik ini, pasti akan menarik minat si kecil untuk datang melihat haiwan yang comel dan cantik ini. Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti ikan koi, unggas dan serangga eksotik juga turut ditempatkan di sini. Anda juga boleh melawat muzium yang mengumpulkan pelbagai koleksi rama-rama yang jarang kita dapat lihat. Barulah bersantai sambil belajar kan?

Lokasi : Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur 50480

Waktu operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Harga kemasukan : Dewasa Warganegara: RM12, Pelancong: RM25 | Kanak-kanak Warganegara: RM7, Pelancong: RM14 ; Kamera RM5

5. Kuala Lumpur Upside Down

http://speciality-weekendtreat.blogspot.my/

Kalau anda tidak pernah berkunjung ke rumah terbalik ini, anda patut masukkan dalam senarai tempat wajib dikunjungi bersama keluarga! Hal ini kerana, rumah terbalik di Kuala Lumpur ini merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia. Kalau anda nak tahu, semua barang dalam rumah ini terbalik tau dan bila anda masuk pun badan anda pun akan terbalik juga! Pastinya, kunjungan ke rumah terbalik ini akan menerbitkan keseronokan anak-anak menghabiskan cuti hujung minggu.

Lokasi : Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur (KL Tower)

Waktu operasi : Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)

Harga kemasukan : Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

6. Blok Space

http://www.maisinggah.com/

Buat ibubapa yang memang ‘kaki shopping’ tapi dalam masa yang sama risaukan keselamatan anak-anak ketika membeli-belah? Anda boleh bawa anak ke Blok Space yang terletak di dalam pusat membeli-belah juga. Mempunyai 5 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Blok Space ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk merangsang minda anak-anak. Dilengkapi dengan kelengkapan permainan lego, anak-anak juga dapat berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan jumpa kawan baharu! Barulah anda aman sikit nak membeli-belah kerana keselamatan anak pun terjamin.

Lokasi : Terdapat 5 cawangan di sekitar KL dan Petaling Jaya iaitu: IPC Shopping Centre Damansara, The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Galery, 1 Mont Kiara.

Waktu operasi: Bergantung kepada cawangan BlockSpace

Harga kemasukan : RM18

7. Skybox KL Tower

http://www.skyscrapercity.com/

Selain District 21, tempat lain yang sesuai untuk anda seisi keluarga yang sukakan aktiviti yang menaikkan adrenalin, Skybox KL Tower adalah tempatnya! Bayangkan sahaja apabila anda berdiri atas kaca dalam ketinggian Menara Kuala Lumpur ini? Memang gayat lah jawabnya. Tak payah pergi jauh-jauh ke Melaka dan Pulau Pinang lagi untuk merasai pengalaman sebegini, kerana Skybox KL Tower pun tak kurang hebatnya! Memang lokasi menarik untuk bergambar.

Lokasi : Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu operasi: 9:00 am – 10:00 pm.

Harga kemasukan :

http://www.jomjalan.com.my/

Apa lagi tunggu? Jom kita beriadah bersama keluarga! Rancang lebih awal untuk memastikan percutian anda lebih selesa dan jimat!

Sumber: Sirap Limau