7 Khasiat Daun Durian Belanda, Antaranya Boleh Ubati Kanser

Buah durian belanda memang terkenal dengan khasiatnya. Salah satu daripada khasiat buah ini ialah melawan kanser. Kebiasaannya, buah ini dijadikan jus minuman. Rasanya memang sedap dan menyegarkan.

Tapi tahukah anda, selain buah durian belanda, daun durian belanda juga mempunyai khasiat tersendiri. Melalui perkongsian Izzat Mustafa, berikut adalah tujuh khasiat daun durian belanda.

1. Mencegah Dan Mengubati Kanser

Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.

2. Sakit Pinggang

Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh

Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.

4. Mengatasi Diabetis

Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi Buasir

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7. Mengubati Sakit Urat/Saraf

Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas. Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

 

Pen Hitam

Tunggu apa lagi? Pergi la cari pokok durian belanda sekarang. Tanam banyak-banyak belakang rumah. – PHDC

Jom Komen