6 Petua Ini Sebenarnya Mitos, Antaranya Jangan Minum Banyak Air Masak Semasa Pantang Nanti Urat Kembang

Advertisement
Advertisement

Banyak petua dan amalan orang-orang dulu kebanyakannya bertentangan dengan ilmu sains. Sehingga sekarang, masih ada pengamal yang taksub dengan petua lama. Lebih-lebih lagi petua semasa berpantang. Kalau tak buat tak boleh. Semacam satu dosa pula.

Dalam artikel ini, doktor Erna Nadia kongsikan 6 petua yang disangkakan petua tetapi sebenarnya mitos. Jom baca.

 

MITOS, Mitos, Mitos. Bila nak habis da?

1. Jangan Minum Banyak Air Masak

Ramai sangat orang yang taksub dengan petua kononnya minum air masak banyak-banyak semasa pantang boleh menyebabkan urat kembang, peranakan bengkak, gemuk, menggelebeh. Semua ini adalah mitos dan mengarut semata mata.

Urat adalah salur darah. Kembang atau kuncup salur darah bukanlah disebabkan makanan atau minuman. Orang yang sihat wajib minum air masak yang banyak setiap hari. 2-3 liter sepatutnya. Untuk apa?

Supaya segala toksin boleh dikumuhkan dan supaya semua organ boleh berfungsi dengan elok. Melainkan jika ada pesakit buah pinggang rosak, jantung kembang, paru paru berair, masalah hati bocor atau apa-apa masalah kesihatan yang doktor kata perlu kurangkan pengambilan air, maka wajib kurangkan.

Lepas bersalin, sudah tentulah badan kita perlukan lebih banyak air. Untuk melebatkan susu badan dan untuk memulihkan organ badan kembali kepada asal.

Apa maksud anda peranakan kembang ya? Rahim kembang? Ka ovari bengkak? Ka faraj kembang?

Tak ada kaitan langsung dengan pengambilan air masak. Kalau bengkak tu mungkin sebab jangkitan atau masalah kesihatan lain. Kan dah kata faraj kita diperbuat daripada otot. Kalau malas bersenam, bukan sahaja rahim kembang, satu badan pun kembang!

 

2. Mandi Air Sirap Untuk Turunkan Kuning Bayi

Kuning bayi hanya boleh diturunkan dengan perbanyakkan susu badan kerana kuning akan dikumuhkan melalui air kencing dan air besar bayi. Tidak ada kaitan mandikan bayi dengan air sirap la, air inai la, air carslberg la, bagi bayi makan anggur la, pucuk itu ini la, bazir beli lampu la, stoking la, bedung la.

Benda simple dan percuma. Susu badan. Siap ada yang kata jangan bagi pakai warna kuning nanti kuning tak hilang. Khurafat sungguh! Saya dah banyak kali cakap, bagi susu sekerapnya, nanti bayi akan banyak kencing dan berak, keluarlah kuning tu. Kalau mak malas, kuning pun malas nak keluar.

Sirap ada pewarna. Bahaya jika kita tak tahu apa kandungannya. Ada budak yang alah kepada pewarna. Alahan boleh membawa kepada kematian. Jadi, tolong jangan ikut petua merapu.

 

3. Jamu Untuk Ketatkan Rahim

Lagi satu soalan yang setiap hari ada orang pm. Doktor, jamu apa elok ya untuk ketatkan rahim?

Dua juta kali dah saya cakap. Tak perlu jamu atau supplemen untuk ketatkam rahim. Saya dah ajar macam mana cara nak ketatkam rahim. Rajin, rajinlah amalkan. Btw, saya baru dapat seorang pesakit yang ada masalah hati selepas amalkan satu produk jamu yang agak famous. Saya dah minta dia buat aduan di NPRA dah.

 

4. Tak Boleh Makan Sekian-Sekian Semasa Pantang

Begini sebenarnya puan puan sekalian. Kalau anda ada alahan/elergik terhadap sesuatu makanan, tolonglah jangan ambil makanan tersebut seumur hidup. Bukan hanya sewaktu pantang sahaja. Alahan memang biasanya akan menyebabkan kegatalan.

Beranak adalah proses yang normal, bukan penyakit pun. Lepas beranak, kita nak pulihkan segala otot yang koyak hanya dengan amalkan pemakanan yang sihat. Makan banyak sayur dan buah. Minum banyak air masak. Bila luka sudah sembuh, buatlah senaman. Tak payah banyak membazir beli itu ini. Membazir dan berisiko memudaratkan.

Nak ikut cara orang lama? Amalkan makan ulam ulaman. Bukan sewaktu pantang sahaja, tetapi sepanjang hidup. Tak ada istilah makanan ini sejuk, makanan itu panas. Kalau baru lepas masak, memang panaslah makanan tu. Kalau dah sejuk, masukkan aje dalam microwave atau panaskanlah balik.

 

5. Tak Boleh Makan Itu Ini, Nanti Angin

Doktor, saya tak boleh makan itu ini, nanti angin.

Angin apa ni? Kentut kah? Baguslah banyak kentut, baru keluar segala gas busuk dari badan. Kalau tak kentut, memang bahaya.

Doktor, saya pergi urut, makcik yang urut tu asyik sendawa aje masa urut saya. Saya banyak angin ni doktor.

Adohai, kalau dia yang sendawa, dialah yang banyak angin akak oi. Mungkin makcik tu ada masalah gastrik atau kolon ke. Angin tak boleh ditransfer.

Kalau makan tak jaga, makan tak ikut waktu memang boleh berisiko mendapat gastrik.

 

6. Jangan Duduk Dalam Aircond Masa Pantang, Nanti Angin Masuk

Angin lagi. Angin tak masuk ikut kulit terus ke salur darah kak. Kulit kita ada beberapa lapisan. Bukan senang nak tembus. Allah cipta hebat dah badan kita ni.

Tolonglah ya. Gunakanlah logik akal yang ada. Bila dengar sesuatu petua ka mitos ka, tolonglah siasat apa kaitannya semua tu. Fikir, mana logiknya.

Dalam Al quran tak ada, dalam perubatan tak ada. Jangan bertuhankan petua lama, seolah kalau tak ikut, berdosa besar pula.

 

Ingat ya,

  1. Minum air masak tak menyebabkan urat kembang atau rahim kembang.
  2. Sirap tak boleh menghilangkan kuning bayi.
  3. Jamu tidak mengetatkan rahim.
  4. Kalau ada alahan terhadap sesuatu makanan, jangan ambil seumur hidup, bukan sewaktu pantang sahaja.
  5. Tidak ada istilah angin kuat makanan ke minuman ke. Jika selalu rasa kembung perut atau sengaja, dapatkan rawatan yang betul. Makan sedikit tapi banyak kali.
  6. Angin luar tak masuk dalam badan kita melalui kulit terus ke organ.

 

Dalam sayur dan buah, ada banyak mikronutrisi yang penting untuk badan. Jadi amalkanlah setiap hari. Nak dapatkan otot dan badan yang cantik, wajib bersenam. Tak perlu membazir. Semua ini kita boleh dapatkan percuma sahaja. Cuma jangan malas dan banyak alasan.

Rasulullah SAW bersabda:

Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadah).  Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas. (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Nota kaki: Berpadalah dalam kehidupan, bersederhana dalam pemakanan dan rajinkanlah diri untuk bersenam. Jaga yang asas dahulu.

 

Sumber: Erna Nadia

Advertisement
Jom Komen