6 Amalan Ini Jika Diamalkan Ibu Hamil, InsyaAllah Anak Dengar Kata Dan Tak Meragam

Advertisement
Advertisement

Bagi ibu yang hamil, soal makan dan kesihatan perlu dititik beratkan. Namun, jangan pula abaikan aspek kerohanian. Ini bagi memastikan anak dapat membesar dengan tenang dan mendengar kata.

Pengasas Rumah Anak Yatim & Miskin D’nasti, Tohirah Sufi kongsikan tips yang perlu diamalkan oleh ibu mengandung, agar anak membesar mengikut acuan yang kita tentukan.

 

ADA jiran datang nak hantar anak tuisyen di rumah saya dan dia tanya waktu mengajar baby tak meragam ke?

Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi Alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung.

 

Sedikit Tips Untuk Kita Kongsi Bersama

1. Amalkan Bacaan Ruqyah

Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah. Semasa mengandung lagi perlu baca, moga Allah lindungi kandungan.

 

2. Zikir Nama Allah

Ya Badi’ Ya Jamil (Semoga Allah anugerahkan kecantikan dan keindahan anak)

Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjukNya dan kelembutan)

Ya Kholiq Ya Bari’ Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa)

Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikan anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji)

Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak)

 

3. Selepas Anak Dilahirkan

Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian, susukan, bacalah:

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma faqqiha fid din, wa’alimha fit takwil (untuk anak perempuan).

Maknanya: Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil.

 

4. Sambil Usap Rambut Dan Kepala, Bacalah

Sambil-sambil usap rambut dan kepala anak, baca juga surah Al-Fatihah, surah Toha, surah Al-Insyirah untuk anak lembut hatinya.

 

5. Bacakan Juga

Bacakan juga surah Yassin untuk ketenangannya, surah Al-Nahl (anak yang berdisiplin), At-Taubah, Yusof, Al-Luqman. Moga jiwa anak terpelihara, cantik akhlak dan mendengar kata.

 

6. Meriahkan Susu Ibu

InshaAllah. Meriahkan susu ibu dengan amalan surah Al-Hujurat.

Sedikit perkongsian dari hamba Allah yang kerdil. Semoga dimanfaatkan bersama.

 

Sumber: Tohirah Sufi

Advertisement
Jom Komen