Fakta Menarik Tentang Facebook Yang Anda Tidak Tahu

Advertisement
Advertisement

Facebook dilancarkan oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2004, sudah hampir 14 tahun ia diwujudkan. Bagaimanapun, mungkin ada antara anda yang tidak tahu tentang fakta-fakta menarik mengenai Facebook di bawah.

 

1. Salah Satu Fungsi Facebook Dahulu Adalah Servis Perkongsian Fail

Kredit Foto: mashable.com

Kini, anda tidak akan menjumpainya di Facebook timeline. Namun, salah satu add-ons awal Facebook adalah servis perkongsian fail yang digelar Wirehog,  yang diciptakan bersama Facebook oleh Mark Zuckerberg dan tiga yang lain.

Ia dilancarkan pada tahun 2004 dan dilaporkan merupakan sebahagian daripada ciri unik Facebook. Pada tahun 2005, Facebook aktif dalam mempromosikan servis tersebut dan Mark memberitahu majalah Harvard, The Crimson, “Saya rasa Wirehog bakal mendapat sambutan seperti thefacebook”.

Bagaimanapun, disebabkan masalah privasi, Wirehog diberhentikan pada tahun 2006 sebelum Facebook sempat berkembang.

 

2. Muka Al Pacino Pada Homepage Asal Facebook

Kredit Foto: mashable.com

Sebelum homepage Facebook direka semula pada tahun 2007, homepage Facebook memaparkan imej seorang lelaki yang mana sebahagiannya dikaburkan dengan timbunan kod binari.

Digelar sebagai ‘Facebook guy’, wajah lelaki misteri tersebut tidak dikenali sehinggalah baru-baru ini. David Kirkpatrick mendedahkan melalui buku beliau, The Facebook Effect, bahawa imej berkenaan adalah gambar Al Pacino yang telah dimanipulasikan oleh rakan sekelas Mark ketika di Harvard University.

 

3. Mark Zuckerberg Menggelarkan Diri Beliau ‘Graduan Harvard’

Kredit Foto: mashable.com

Untuk makluman, Mark Zuckerberg pernah menyenaraikan dirinya sebagai seorang graduan Harvard di akaun Facebooknya. Maklumat berkenaan adalah tidak benar kerana umum tahu bahawa seperti Steve Jobs dan Bill Gates, Mark juga tidak pernah menghabiskan pengajian di universiti.

Apabila ditanya tentang perkara ini oleh wartawan 60 Minutes, Lesley Stahl, Mark menjawab, “Ya, memang benar. Kami tidak mempunyai setting bagi drop-out”.

Nota untuk Mark, anda mempunyai kuasa untuk meletakkan setting drop-out dalam Facebook.

 

4. Fungsi ‘Poke’ Tidak Pernah Dijelaskan

Kredit Foto: mashable.com

Walaupun cara menggunakan fungsi ‘Poke’ ada diterangkan di dalam help center Facebook, namun tiada penerangan jelas tentang kegunaan fungsi ini.

“Kami suka-suka untuk menghasilkan satu ciri tanpa tujuan yang spesifik.” Itulah jawapan yang diberikan oleh Mark Zukerberg tentang tujuan sebenar ‘Poke’, perkara ini didedahkan oleh David Kirkpatrick melalui bukunya, The Facebook Effect.

 

5. Hoodie Pekerja Facebook Terjual Dengan Harga US$4050 di eBay

Kredit Foto: mashable.com

Seorang pekerja Facebook telah menjual hoodie beliau pada tahun 2010 di eBay dengan harga US$4050 dengan hanya 48 bidaan.

Antara sebab mengapa hoodie tersebut terjual dengan harga demikian adalah kerana Mark dilihat memakai pakaian yang sama di D8 Conference ketika membentangkan hala tuju syarikat berkenaan. Walaupun hoodie tersebut bukanlah hoodie yang dipakai oleh mark, namun ia masih mampu untuk mempengaruhi pembida.

 

Lagi Fakta Menarik Mengenai Facebook

  • 1 daripada 13 manusia di bumi sedang menggunakan Facebook.
  • 1 juta link dikongsikan dalam masa 20 minit.
  • 1.48 juta event invites diposkan dalam masa 20 minit.
  • 1.32 juta gambar ditag dalam masa 20 minit.
  • 1.85 juta status dikemas kini dalam masa 20 minit.
  • 1.97 juta friend request diterima dalam masa 20 minit.
  • 2.72 juta gambar dimuat naik dalam masa 20 minit.
  • 2.72 juta mesej dihantar dalam masa 20 minit.
  • 10.2 juta komen dalam masa 20 minit.
  • 750 juta gambar dimuat naik ketika sambutan Tahun Baru.
  • 48% daripada mereka yang berumur 18-34 tahun membuka Facebook ketika bangun tidur.
  • Secara purata, seorang pengguna Facebook mempunyai 338 friends.
  • Pengguna Facebook menghabiskan masa selama 700 bilion minit dalam sebulan.
  • Terdapat lebih 250 juta pengguna aktif mengakses Facebook melalui telefon pintar.
  • Pengguna Facebook melalui telefon pintar adalah 2 kali ganda lebih aktif berbanding pengguna Facebook melalui lain-lain teknologi.
  • Facebook pernah menerima pelaburan sebanyak US$500,000 daripada Peter-Thiel, pengasas bersama PayPal.
  • Facebook merupakan laman sesawang kedua terbesar mengikut jumlah trafik selepas Google.
  • Facebook mendapat untung daripada pengiklanan dan penjualan produk maya.
  • Terdapat lebih daripada 16 juta fan pages di Facebook.
  • Facebook kini mempunyai lebih kurang 2 bilion pengguna aktif.

 

Sumber: Mashable, Iluminasi

Advertisement
Jom Komen