4 Waktu Yang Tepat Untuk Minum Air, Barulah Sihat Dan Cantik

Advertisement
Advertisement

Orang dulu-dulu ada pesan, lepas makan kena tunggu seketika sebelum minum air, sebab takut nanti perut buncit. Rupanya, minum air pun ada caranya. Bukan boleh hentam je.

Namun, yang paling penting ialah kita kena minum air paling kurang 8 gelas air sehari dan pada waktu yang betul. Kalau dapat amalkan dengan konsisten, insyaAllah kesihatan akan bertambah baik. Paling seronok, kita akan sentiasa nampak muda.

Bila Waktu Sesuai Untuk Minum Air?

 

Bangun Tidur

Bangun je dari tidur, minum sekurang-kurangnya segelas air. Minum air pada waktu ini adalah bertujuan untuk membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan. Bila bercampur dengan air yang kita minum, ia akan membantu membersihkan tubuh kita secara semuajadi.

 

Sebelum Makan

Amalkan minum segelas air 30 minit sebelum makan. Ini bertujuan untuk membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.

 

Sebelum Mandi

Kita juga digalakkan untuk minum segelas air sebelum mandi untuk membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.

 

Sebelum Tidur

Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum segelas air. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.

 

Sumber: Mingguan Wanita

Advertisement
Jom Komen