4 Sebab Abang Nak Tegur Lebih Teruk Dari I Am Me

Selepas Dato’ Seri Vida keluarkan single lagu I Am Me, Dato’ Aliff Syukri juga tidak ketinggalan untuk tampil dengan lagu Abang Nak Tegur bersama Nur Sajat.

Dah jadi macam trend bila usahawan sekarang nak jadi penyanyi. Mungkin untuk promosi produk atau pun untuk publisiti sahaja.

Dikongsikan oleh Dr Zek, ini antara sebab agu Abang Nak tegur nyanyian Dato’ Aliff Syukri dan Nur Sajat ternyata mendapat jumlah dislike paling banyak.

DATO’ ALIFF DIKATAKAN NAK MENIRU DSV??

Lagu I am Me dari DSV, 9.9 juta views, 77K likes dan 40K dislikes di KRU Music youtube channel. Manakala Dato’ Aliff feat. Nur Sajat dengan lagu Abang Nak Tegur, 2 juta views, 45K likes dan 353 K dislikes setakat ini. Lagu I am Me lebih baik berbanding yang satu lagi dari segi itu. Boleh nak dikatakan Dato’ Aliff nak meniru DSV.

Aku faham dengan muzik ni sebab aku mampu bermain alat-alat muzik seperti keyboard, piano, gitar, drum dan sebagainya. Sungguhpun aku tak berbakat tapi kerana minat, aku mempelajarinya. Takde genre spesifik yang aku suka. Dari metal, hard rock, pop, hip hop, R&B, jazz, classical, folk, dan sebagainya pun aku dengar.

SEJUJURNYA LAGU ABANG NAK TEGUR NI MENYAKITKAN TELINGA

Disini Dr Zek pula nak tegur lagu Abang Nak Tegor. Dengan sejujunya lagu ni menyakitkan telinga aku. Anak-anak buka kat youtube aku akan suruh stop. Kenapa aku kata begitu, ini sebabnya:

1. LAGU INI TIADA NILAI MORAL DALAM MASYARAKAT KITA

Lirik lagu cinta songsang dan over bagi aku. Malu kalau anak-anak kita dengar. Tak mengambarkan kehidupan dalam masyarakat kita khususnya kaum melayu Islam.

2. FLOW OF CHORDS DAH OK TAPI MELODI TAK MENARIK

Key E minor (kalau tak silap), range entah laa. Lain benor kedengarannya. Kalau Dato’ Jamal nyanyi lagu ni pun takkan sedap.

3. VIDEO KLIP TAK MENARIK

Hanya gambar pegun Dato’ Aliff dan Sajat. Kalau tengok video pembikinan masa recording lagi laa. Aksi seksi dan gedik. Malu anak-anak tengok.

4. KUALITI NYANYIAN AGAK KELAUT

Macamana dorang ejas dan edit-edit suara 2 orang penyanyi ni. Berapa level agaknya. Maaf aku katakan, bakat tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Aku ni bukan jenis tak ‘appreciate’ lagu yang aku dengar tapi this one memang tak boleh. Maaf sekali lagi, aku labelkan lagu ni sebagai lagu badut. Menyakitkan telinga betul. Merosakan industri.

Jangan marah ye Dato’. Jangan sentap. Dah betul tu netizen menilai dengan 174K dislikes.

Dr Zek

Sumber: Facebok Dr. Ahmad Zakimi Abdullah & Hanasuva