3 Cara Urus Duit Anak Ini Boleh Bantu Masa Depan Mereka

Sekarang, disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kebanyakkan ibu bapa terpaksa menabung untuk merealisasikan impian masing-masing. Hasil dari simpanan ini, ibu bapa boleh gunakan untuk membeli kereta, rumah, melancong atau ketika kecemasan.

Namun, jangan pula lupakan hak anak-anak. Penting bagi ibu bapa untuk mewujudkan satu simpanan khas untuk mereka sejak dari kecil lagi demi masa depan mereka. Bagaimana nak menyimpan duit untuk anak-anak? Baca tips ringkas tapi padat dari Hana Shahadan di bawah.

Kredit Foto: FB Hana Shahadan

 

Tulis Hana Shahadan,

Tiga hari lepas, mommy kira-kira duit Fateh. Duit yang orang bagi contoh macam atuk dia bagi setiap kali pergi ke rumah atuk. Duit orang datang melawat Fateh, duit papa dia bagi bila balik rumah, duit baki dalam poket semua masuk ke tabung Fateh.

Terus mommy terasa nak sharing 3 tips penting cara nak manage duit anak-anak seawal baby.

Duit anak-anak ni, kita tak boleh pakai tau. Lagilah kalau duit raya, duit tu hak mereka. Walau seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain.

Seperti konsep berhutang dan hutang wajib dibayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa pakai duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan segera.

Yang penting, bila dapat duit anak-anak tu kita kena menyimpan. Macam mana cara nak asingkan dan simpan tu?

Mudah je. Simpan la sikit-sikit, lama-lama berbukit.

 

1. Buka Akaun Bank Anak Sejak Mereka Kecil

Ambil berkat, mommy mulakan dengan buka akaun bank di tabung haji. Terpulang tau nak buka bank apa, tak kisah nak simpan dekat bank mana. Yang penting anak ada akaun bank.

Dulu, lepas mommy habis pantang 44 hari, mommy terus pilih tabung haji, yela nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi, semua duit yang Fateh dapat mommy masukkan dalam tabung haji.

 

2. Letakkan Target Simpanan Bulanan Untuk Anak

Kalau macam Fateh, mommy dah letak target mesti ada amount RMX,XXX sebulan atleast untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau fateh dah 10 bulan, mesti ada RMXX,XXX untuk dia.

Target tu tak kisah nak letak berapa, ikut kita. Faham ke?

Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Takda la rasa terbeban sangat nanti.

 

3. Asingkan Duit Anak Dalam Tabung Khas

Ni yang mommy praktis dekat rumah. Macam fateh, mommy dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas tu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh.

Tiap kali papa dia ada duit kecil-kecil masuk dalam tu, tiap kali orang bagi duit, pun letak dalam tu. Bekas ni duit anak, bekas dilarang usik tau.

 

Nota Tambahan

Lagi satu, kita tak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin atau pun keperluan harian anak kerana semua tu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa.

Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik.

 

Pen Hitam

Semoga usaha untuk menyimpan duit anak-anak ini dapat meringankan beban ibu bapa apabila anak-anak sudah besar nanti. – PHDC

Jom Komen