3 Bahan Yang Sahira Lim Kongsikan Ini Bukan Je Boleh Rawat Masalah Kulit Muka, Malah Boleh Jadikan Kulit Muka Gebu Seperti Kulit Baby.

BOLEH kata semua wanita dekat dunia ni, nak kulit muka yang cantik dan flawless.

Bila jerawat mula tumbuh je dekat muka, Walaupun cuma satu, mereka dah mula tak keruan. Pergi sana-sini cari petua atau produk kecantikan dengan harapan jerawat tu terhapus.

Itu baru jerawat, belum lagi masalah-masalah kulit yang lain. Kalau ada, lagi gelabah dibuatnya.

Nak beli produk kecantikan pun belum tentu berkesan. Takut juga kalau dapat masalah lain. Akhirnya, jerawat tak hilang, sakit kulit yang dapat.

Penyelesaian yang terbaik adalah dengan membuat produk kecantikan sendiri macam yang Sahira Lim ni kongsi. Guna barang alami je pun dah boleh rawat macam-macam penyakit kulit.

Jom baca.

 

Jom kita cantik dan jimat dengan bahan alami iaitu dengan masker manjakani homemade.

Oleh kerana ramai yang tanya apa terapi wajah yang terbaik untuk merawat kulit kusam, kulit berjerawat, kulit tona tidak sekata, kulit bernanah ,blackhead, whitehead dan kesan parut jerawat.

Mari lihat cara paling mudah untuk mendapatkan kulit muka yang gebu seperti kulit bayi.

Boleh diamalkan tiga kali seminggu bagi kulit yang normal dan bagi yang ada masalah kulit muka yang kronik boleh amalkan setiap hari.

 

Bahan-Bahan:

  1. Biji manjakani
  2. Minyak zaitun
  3. Sedikit air

 

Cara-Cara:

1. Mula-mula tumbuk biji manjakani.

 

2. Masukkan dalam blender kering dan blend sehingga halus.

 

3. Hasil selepas blender dan kalau rajin boleh tapis untuk jadikan serbuk ini lebih halus.

 

4. Campurkan dengan minyak zaitun.

 

5. Tambah sedikit air dan gaulkan sehingga menjadi paste macam ni.

 

6. Sapukan di wajah dan tunggu sehingga 5-15 minit sehingga kering dan bilas wajah dengan air suam dan gosok untuk dijadikan scrub muka.

 

Nota

Masker ini sangat membantu untuk membuang sel kulit mati dan jangan bimbang kalau muka jadi kuning.

Warna kuning tu sebenarnya disebabkan air dari masker tadi. Itu ada khasiat tu.

Khasiatnya manjakani, mengecilkan jerawat dan pori di wajah.

Khasiat minyak zaitun, sangat bagus dalam merawat luka-luka kesan jerawat dan memberi kelembapan pada kulit wajah.

 

Sumber: Sahira Lim

Jom Komen