3 Air Rebusan Ini Orang Perempuan Wajib Cuba, Tapi Sayang Ramai Yang Tak Tahu

Air rebusan daripada ramuan herba yang semula jadi memang banyak khasiatnya. Tapi orang muda zaman sekarang bukan berminat pun dengan petua orang dulu-dulu. Kalau nak tahu, hasil dari petua-petua inilah yang buatkan mak-mak dan nenek-nenek kita cantik dan sihat sampai tua.

Pernah amalkan petua minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur? Ha…sebenarnya petua ini dapat menjadikan badan kita rasa lebih segar. Kulit pun rasa lebih lembut dan dapat rasa perjalanan darah lebih lancar dan segar sebaik sahaja kita amalkan petua ini.

Ada tiga petua terbaik untuk anda amal, jom semak…

 

1. Air Halia

Bahan-Bahan

  • 7 biji cengkih
  • 7 batang serai
  • 7 helai daun pandan
  • 7 buku halia
  • 1 cawan gula merah (boleh ditambah jika inginkan manis)

 

Caranya

Rebus pada waktu malam kesemua bahan di atas selama satu jam dan biarkan ia ditutup. Keesokannya sebelum minum, panaskan lagi selama 20 minit. Boleh disimpan di dalam peti ais tetapi lebih baik jika diminum panas-panas. Baik untuk kesihatan dalaman tubuh badan.

 

2. Air Mandian Rebusan Herba (Wajib 7 Bahan)

Bahan-Bahan

  • Daun serai wangi
  • Daun pandan
  • Halia
  • Daun limau purut
  • Kulit bawang putih
  • Sedikit kunyit hidup (ditumbuk)
  • Daun sirih

 

Caranya

Rebus kesemua bahan diatas selama sejam. Tuangkan ke dalam bath up atau besen mandian. Lebih baik jika ada sauna sendiri di rumah. Mesti disiram bermula dari ubun-ubun kepala hingga ke kaki.

3. Lulur Beras

Bahan-Bahan

  • Beras yang direndam 2 hari 2 malam
  • Kunyit hidup ditumbuk
  • Daun asam jawa/daun asam belimbing
  • Sedikit air mawar
  • Sehelai/2 helai daun pandan untuk pewangi

 

Caranya

Kisarkan kesemua bahan di atas sehingga hancur. Buang airnya dan ambil mendapan/hampas bahan-bahan dikisar tadi. Kemudian, lulur dan scrub di badan atau muka seperti bedak sejuk semalaman. Berkesan untuk putihkan badan.

 

Nota Tambahan

Petua 1, 2 dan 3 ini boleh dicampur sedikit garam untuk menjadi pendinding diri.

Kalau boleh, amalkan petua ini sejak kecil untuk kesan yang luar biasa. Jadi anak-anak dara yang nak kekalkan kecantikan hingga tua, kena rajin. Tiada hasil tanpa usaha.

 

Sumber: Mingguan Wanita