Aku tahu ramai yang tak kenal siapa Michael Dell ni. Aku pun tak berapa kenal. Sebab dia pun tak kenal aku. Tapi aku tahu dia sebab aku pernah buat kerja yang sama dengan dia iaitu menjual surat khabar untuk mencari duit poket. Hari ini, aku cerite kisah si Michael ni dulu. Esok lusa baru aku..

Beberapa tahun dahulu, seorang budak berumur 12 tahun yang bernama Michael yang tinggal di Houstan mahu mencari duit poket. Beliau memilih untuk menjadi seorang budak penghantar suratkhabar. Kemudian beliau diberikan suratkhabar bersama-sama dengan nama orang yang masih belum melanggan suratkhabar tersebut.

Mereka tinggal berselerakan dibandar tersebut. Kerja Michael ialah memastikan senarai nama tersebut melanggan suratkhabar. Beliau mendapat beberapa orang untuk melanggan surat khabar tersebut, tetapi tidak begitu ramai. Tetapi tidak lama selepas itu, beliau terlihat satu corak yang sama : terdapat dua kumpulan orang yang mahu melanggan surat khabar beliau jika dibandingkan dengan yang lain..

1. Orang yang baru berpindah kerumah baru
2. Orang yang baru berkahwin

Kehidupan dua kumpulan diatas baru sahaja bertukar, dan mereka memerlukan semua benda termasuk langgan suratkhabar. Selepas Michael mengetahui corak tersebut, beliau mula berfikir cara untuk mendapatkan senarai nama orang-orang dari dua kumpulan diatas sahaja. Beliau bertanyakan orang dan beliau mendapat jawapannya : majlis perbandaran.

Kemudian Michael memberi upah kepada seorang budak untuk pergi ke majlis perbandaran setiap hari untuk mendapatkan nama orang yang baru berpindah dan memohon lesen untuk berkahwin. Micheal terus menumpukan sepenuh tenaga untuk menjual langgan suratkhabar kepada senarai nama ini. Senarai namanya menjadi semakin kecil tetapi jualannya meningkat berkali ganda. Beliau membuat wang lebih banyak daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya.

Selepas habis musim cuti, Michael menjana komisen lebih banyak daripada gaji cikgunya sendiri. Hari ini Michael adalah seorang Billionarie. Dan beliau menjadi kaya kerana beliau telah belajar satu pengajaran pada masa yang awal : menjual kepada sasaran pasaran yang tepat. Anda mungkin pernah mendengar nama beliau dan syarikat beliau. Nama penuhnya ialah Michael Dell, pengeluar komputer peribadi no 1 didunia.

Ok. Itulah kisah kawan jarak jauh aku nih. Dah besar panjang pun dia dan dah jadi jutawan. Aku ada banyak lagi kawan jarak jauh yang aku nak cerita, macam Donald Trump, Robert Kiosaki tapi aku takut tak muat plak artikel nih. Lagipun, tak best tulis artikel panjang-panjang Apa yang korang patut dapat dalam cerita ni? Jangan cuba untuk menjual semua benda kepada semua orang. Fokus kepada pasaran yang tepat yang mahu membeli produk korang. Kena pandai perhatikan market dan produk korang. Kena promosi pada tempat yang sepatutnya.

Ps: Rasa-rasa kalau aku jual pen hitam ni, leh tak nanti aku keluarkan komputer peribadi jenama Hitam? Laptop Hitam? Laptop Black?

1 Comment

  • At 2011.02.07 21:40, How to get rid of pimples fast said:

    Excellent stuff. I can’t describe how much your blog has reduced the problem in my academic research about them. I am now going to get top marks for certain. Thanks a million. I owe you one.

    (Required)
    (Required, will not be published)

    CommentLuv badge
    Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.