Beli domain Godaddy 1 Dollar
Aku baru sahaja beli domain ini. Satu lagi blog untuk aku bersembang kisah dunia dari kaca mata sebatang pen hitam. Dari dulu aku memang cukup suka dengan pen dakwat hitam. Tak tahu kenapa. Jadi, oleh sebab terlampau minat, aku pun beli domain yang bernama “penhitam”. extensionnya aku ambil dot com.
Domain penhitam ni aku beli dengan menggunakan kupon Godaddy iaitu GOBBLE. Jadi, jumlah keseluruhan yang perlu aku bayar cumalah $1.18 dollar sahaja. Harga domain ni telah dikurangkan sehinggalah ke 1 dollar untuk satu domain. Dan $0.18 tu kiranya macam bayaran caj perkhidmatan. Agaknya..(dah macam PTPTN la pulak..)
Jadi, kalau ada yang mencari kupon murah untuk beli domain, boleh cuba dengan kupon Godaddy ni. Dapatkan dengan kadar yang segera sebab benda ni tahan sampai 15 Disember ni aje. Kalau lambat, jangan salahkan Nora Danish atau Adira pula yek. Salahkan diri masing-masing yang lambat mengambil tindakan.
Apapun, selamat datang ke blog Penhitam.com. Blog ini akan menyajikan artikel-artikel yang menarik pada setiap hari. Bukan sahaja tentang aku dan pen hitam, tetapi juga tentang kamu dan dunia.
No Comments
Interesting Sites
Recent Comments





